Mat Bangla Gila Seks Gigit Bibir Wanita Sampai Berdarah

By
Advertisement





MAK MANDIN - Gara-gara tidak dapat mengawal nafsu terhadap wanita yang diminati, seorang warga Bangladesh melepaskan geram dengan menggigit bibir mangsa hingga berdarah dalam satu kejadian mencabul awal pagi, kelmarin.

Namun, Muhiduzzan Moshed, 22, ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioener Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, mangsa seorang kerani pengeluaran dan bertugas berseorangan di dalam pejabat ketika kejadian itu berlaku.

“Sekitar jam 12.08 pagi kelmarin, suspek memasuki pejabat kilang berkenaan dan menyerahkan borang pengeluaran untuk disemak oleh mangsa. Tiba-tiba suspek bertindak memegang tangan mangsa membuatkan dia terkejut,” katanya.

Zulkifli berkata, suspek kemudiannya menarik tangan mangsa dan memeluknya dari belakang dan dalam masa sama, bertindak agresif cuba mencium mulutnya.

“Mangsa dikatakan cuba menolak suspek dan memaklumkan bibirnya terdapat ulser, namun suspek tidak menghiraukan sebaliknya terus bertindak rakus. Disebabkan terlalu ghairah, suspek dikatakan menggigit bibir mangsa hingga berdarah. Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan kepada penyelianya sebelum membuat laporan di Balai Polis Mak Mandin kemudiannya,” katanya.

Selepas kejadian, mangsa dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital, kerana mengalami pendarahan yang agak teruk di bahagian bibir.

Zulkifli berkata, suspek dikatakan meminati kerani pengeluaran wanita itu sejak mula masuk bekerja di kilang itu hampir dua tahun lalu, namun mangsa tidak pernah memberi sebarang reaksi.

Mangsa yang ditemui bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dan membenarkan kesan kecederaan di bibirnya dirakam, kerana malu dengan kejadian itu.

Suspek ditahan pagi semalam di tempat kerjanya sebelum direman selama 14 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Kredit: Sumber


2 comments:

Cik mama said...

melampaukan bangla ni... cik mama penah kna kacau ngan mat bangla yg giler seks ni, klu ikut marah nak cingcang jerr bangla ni... bongokk

Sis AI said...

Jangan dipandang2 sgt klu lelaki renung kita.. Sbb tu la kita kna plihara diri, jaga aurat dgn smpurna. InsyaAllah, kita jaga harta yg Allah SWT pinjamkn, Allah SWT akn jaga kita balik..

Apapun, bnda ni kna lg hati2 lepas ni..

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.