Awas! Sosej Bercampur Pasir Dijual di Pasaraya

By
Advertisement

 
Kuantan – Seorang kakitangan swasta tidak dapat menikmati sosej berperisa lada hitam kegemarannya selepas merasa pasir ketika mengunyah sosej itu.

Roslam Mohamad, 46, berkata, dia membeli sosej itu bersama isterinya, Norehan Zakaria, 37, di sebuah pasar raya, di sini malam kelmarin.
Menurutnya, ketika pulang dari pasar raya berkenaan, dia meminta isterinya untuk menyediakan sosej tersebut, namun kecewa setelah merasainya.

“Pada mulanya, saya menyangka rasa kasar itu ialah serbuk lada hitam yang ada di dalam sosej berkenaan.

“Namun, setelah beberapa kali merasa benda yang sama, saya jadi pelik. Dalam fikiran saya, takkanlah serbuk lada hitam sekasar itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 6, di sini semalam.

Tambahnya lagi, isterinya juga turut mengadu perkara yang sama setelah memakan sosej itu.

“Bila isteri saya menyatakan perkara yang sama, saya yakin bahawa ‘benda’ kasar itu ialah pasir, bukannya serbuk lada hitam yang tidak hancur.

“Saya dan isteri juga cuba untuk menguraikan isi sosej itu dan mendapati isinya bercampur dengan pasir,” katanya.

Roslan berkata, dia sering menjadikan sosej sebagai hidangan malamnya namun itu adalah kejadian pertama dialaminya.

“Sebelum ini, saya pernah membeli makanan yang dihasilkan oleh syarikat yang sama dengan sosej itu. Puas hati dengan produk yang dihasilkan membuatkan saya ingin membelinya lagi.

“Namun, apa yang berlaku membuatkan saya benar-benar serik dan akan berhati-hati selepas ini,” katanya.

Katanya, jika benar tekstur kasar yang dirasainya itu pasir, dia meminta supaya pihak bertanggungjawab lebih peka serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan pengguna.

“Jika dibiarkan, saya bimbang ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Justeru, saya harap pihak terbabit mengambil tindakan segera serta meneliti semula bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan sosej itu,” katanya. -SH

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.