Google+ Followers

Tuesday, 27 March 2012

WANITA UMNO DAH MACAM LEMBU DICUCUK HIDUNG!



Shahrizat Mesti Berundur Tanpa Syarat!



Tindakan Wanita Umno mengadakan perhimpunan khas Jumaat lalu merupakan satu tindakan yang mundur dan merendahkan martabat wanita.

Wanita Umno perlu tegas menolak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang sudah terpalit dengan skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kerana ia peluang terbaik membersihkan imej parti.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan Wanita Umno mengadakan perhimpunan khas Jumaat lalu merupakan satu tindakan yang mundur dan tidak akan mengangkat martabat wanita kerana akan menyulitkan lagi pergerakan sayap itu.

Katanya, tindakan itu mencerminkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang gagal membuat transformasi Umno dalam menangani krisis kepimpinan parti.

“Saya menyeru wanita Malaysia menjauhkan diri daripada sayap Umno yang tidak berupaya mengeluarkan diri mereka dari gelumang seperti lembu yang dicucuk hidung.

“Zaman telah berubah, saya percaya wanita Malaysia akan menolak pergerakan Wanita Umno yang lemah dan tidak berprinsip,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jumaat lalu, Najib mengumumkan bahawa Shahrizat kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno berdasarkan pilihan majoriti anggota pergerakan.

Katanya, tiada sebab untuk Shahrizat meletakkan jawatan selepas menghadiri Perhimpunan Wanita Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dihadiri kira-kira 7,000 anggota wanita dari seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)
~Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan… (Al-Maaidah 5:8)
''Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya.''

(Imam As Syafie)
”... maka bertawakal lah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika ALLAH menolong kamu, maka tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah ALLAH (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada ALLAH jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" (Imam Hasan Al-Basri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..

tanpa mereka siapalah saya....:))

dr 11 /03/2011