9.3.12

Sedih Lihat Ibu Tua Ini Menangis Gara-gara Ditinggalkan Anak Sendiri




KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.
KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

ps: allah...sedih betul bila lihat wajah orang tua baya-baya mak kita menangis sayu macam nih..... wahai anak mengapalah tergamak kau tinggalkan ibumu sendiri tanpa khabar berita..... lihatlah nih..... syurga di bawah tapak kaki ibu....tak takutkah kau jika tak dapat mencium bau syurga?


Ingatlah, doa seorang ibu amat dahsyat dan mempenaruhi kehidupan anak-anak baik di dunia mahupun akhirat. Marilah kita sama-sama merebut doa yang baik dari ibu, bukan doa yang menhancurkan kita.
Buat anak-anak yang menderhaka, bertaubatlah dan pohonlah keredhaan dari ibu sebelum Allah menutup peluang itu. Sesungguhnya, setitis air mata ibu yang mengalir, akan mengundang kemurkaan Allah kepada kita.


No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...