Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Mangkat

By
Advertisement


Assalamualaikum. Dengan perasaan dukacita adalah dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.

Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne ).

Al- Fatihah. Semoga Roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

sumber : orang ni

1 comments:

frogos said...

Al-Fatihah,,takziah di ucapkan kepadae keluarge

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.