5.3.12

POLIGAMI - INDAH JIKA KENA CARANYA



Klip di atas adalah kisah mengenai sebuah keluarga yang mengamalkan poligamai.
Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita.
Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab.
Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan.
Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal.
Justeru itu, HARAM berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.
Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam.
Ia sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.
Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat.
Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami.
Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan poligami.
Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri.
Ia juga bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama Islam. Wallahualam.

ISLAM ITU INDAH SEBENARNYA. ISLAM TIDAK MENYUSAHKAN. MELIHAT KLIP VIDEO DI ATAS RASA MCM SERONOK PULAK.... BETUL KATA DR TU... DIA TAK RISAU KELUAR BEKERJA KERANA ADA ORANG YANG JAGA ANAK-ANAK, JIKA SIBUK ADA ISTERI LAIN YANG MENJAGA KEPERLUAN SUAMI. SALING MEMBANTU MEMBUAT KERJA2 RUMAH MEMUDAHKAN URUSAN SEHARIAN. 
YANG MEMAINKAN PERANAN DI SINI PASTILAH SUAMI. SUAMI PERLU ADA KEMAMPUAN. MAMPU DR SEGI NAFKAH ZAHIR DAN BATIN. ADIL. TAK ADIL LA JIKA SEORANG ISTERI DUDUK RUMAH FLAT KECIK, SORANG ISTERI LAGI DUDUK RUMAH TERES DUA TINGKAT. ANAK2 DGN ISTERI NI MAKAN BERCATU TAPI ANAK2 DENGAN ISTERI TU MEWAH MELIMPAH RUAH. LAYANAN KEMESRAAN RASA KASIH SAYANG JUGA MESTILAH TAK BERAT SEBELAH. ADA SUAMI MELEBIHKAN ISTERI BARU.... MAKLUMLAH MASIH WANGI LALU ISTERI LAMA TERPINGGIR JE.... NAK MINTA DUIT BELI SELUAR DALAM PUN KEDEKUT NAK KASI....EHEEEE CONTOH JE. APAPUN MESTI IKUT LANDASAN AGAMA. BERISTERI SORANG PUN KALAU TAK MENGIKUT LANDASAN AGAMA AKAN HANCUR TAK KEMANA. WALLAHUAKLAM.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...