(Penting untuk lelaki) Tips Utk Menjadi Hensem

By
Advertisement
Adakah korang rasa diri korg huduh? Nak ngurat awek tapi dia lari psl rupa korg mcm mangkuk eskem? Jgn bimbang!Kami ingin berkongsi dgn korg tips2 utk menjadi hensem:-
BAGAIMANA HENDAK BERTUKAR DARI SEKOR KATAK PURU KPD SORANG PUTERA KACAK 


Tips 1# : Mandi, mandi, mandi
Pompuan tak suka lelaki busuk. Oleh itu, gunakanlah sabun dan syampu semasa mandi. Gosoklah badan dgn skrub bagi menghilangkan bau peluh serta menghensemkan tubuh badan. Jgn terburu2 nak cepat habis mandi.


Tips 2# : Deodoran dude!
Mcm aku kata tadi, pompuan tak suka lelaki busuk. Jadi sila la pakai deodoran selepas mandi.


Tips 3# : Gosok gigi
Pastikan korg gosok gigi setiap hari agar nafas berbau segar sentiasa. Jgn biarkan cebisan daun bayam terlekat kat gigi semasa berbual dgn gadis idaman korg. Dia tak akan tolong keluarkan cebisan daun tersebut drpd gigi korg.


Tips 4# : Rockkan rambutmu!
Kasi trim rambut tu… jgn biar ia jadi semak samun atau, bg yg berambut panjang, jadi hutan belantara. Pesen Search serta pesen landak kena langgar lori dah tak masuk dlm katalog jejaka idaman kaum pompuan lagi, jadi jgn la korg gatal pegi buat pesen2 tersebut… mintak pendapat barber atau hairdresser pesen rambut apa yg sesuai dgn bentuk muka korg.
Kalo korg minat pesen selebriti tertentu, pastikan ia sesuai dgn bentuk muka korang, dan barber atau hairdresser tu reti nak buat pesen tu. Kasi touch-up dgn gel, mousse atau wax utk buat rambut nampak sleek dan stylo. Utk lelaki yg berambut panjang, rajin2 la sikat rambut supaya korang tak disalah anggap sebagai adik-beradik George of the Jungle. Mcm mane nak tau pompuan terpikat dgn rambut korang? Bila dia asyik pandang rambut korang dan asyik menyebut ttg rambut korg samada secara verbal atau dlm blognya hehehe…..
Tips 5# : Pakaian mesti stylo
Tak perlu beli pakaian berjenama mahal. Baju aku pun tak mahal walau pun aku stylo. Yg penting baju tu bersesuaian dgn bentuk badan korang dan tak nampak selekeh bila memakainya.
Kalo korang gemok, pakai la baju yg mempunyai corak garisan menegak mcm baju tidur agar korang nampak kurus di mata gadis idaman. Kalo korang kurus, pakai la baju corak petak atau corak garisan melintang mcm baju banduan agar korang nampak berisi di mata gadis idaman. Ini dipanggil sebagai ilusi optik. Pompuan hanya boleh ditipu dgn cara ini… cara lain akan mendptkan korg pelempang darinya, jadi berhati2 la.
Jgn pakai seluar ketat dan sendat sgt, nanti korang terpaksa berjln mcm Clint Eastwood. Pompuan skg tak kenal sape itu Clint Eastwood. Jadi pakai la seluar yg agak bersopan saiznya supaya korang dpt berjalan di sisi gadis idaman dgn gaya yg sopan juga. Lelaki yg memakai baju berkolar dan kasut selalunya mendpt markah lebih di kalangan kaum Hawa.
Tips 6# : Makan buah
Buah epal boleh membuat mata korang segar dan cantik bersinar. Pisang boleh buat korang jadi cergas dan cerdas. Anggur boleh kekalkan awet muda. Oren boleh licinkan kulit. Tembikai boleh kekalkan kelembapan kulit. Manggis beri tenaga utk bekerja. Pompuan tak suka lelaki berjerawat batu kat seluruh muka dan seluruh badan. Paham2 je la.
Tips 7# : Sasakan dirimu!
Senaman penting utk kuatkan badan lelaki yg hensem. Rajin2 la berjalan kaki atau berjoging kat keliling Tasik Shah Alam tu bagi melatih otot2 badan supaya jadi hensem dan perut tak cepat boroi pd usia yg muda mcm pakcik beristeri 4. Tubuh sihat juga akan menjadikan otak cerdas. Lelaki berbadan six-pack diiringi dgn otak pintar mendpt markah tinggi di kalangan kaum Hawa.


Tips 8# : Attitude mesti A+
Jalan mesti stylo, cakap mesti stylo, gelak mesti stylo, jahat pun mesti stylo maa… ni prinsip aku. Prinsip korang ape pulak? Nak dpt attitude A+… korg kena cari stail sendiri. Apakah stail yg kena dgn jiwa korang? Kalo korang berjiwa rock, pastikan rock yg mampu buat hati gadis idaman gugur syahdu… kalo nasyid, pastikan sampai gadis idaman tu terus nak tarik korang gi ke pejabat kadi (amenda aku taip neh, hahaha). Tak akan jadi A+ kalo korang pakai classic stylo mcm aku, tapi jalan dgn postur mcm L dlm Death Note tu – itu sgt menyalahi prinsip classic stylo mode! Pastikan attitude korang sejajar dgn stail yg korang selesa… pompuan tak suka lelaki yg berpura2, terutama sekali lelaki yg berpura2 terhadap dirinya sendiri.


Tips 9# : Think positive!
Last sekali, fikir positif! Jgn sesekali amalkan perkara2 ini di depan pompuan: hisap rokok, minum arak, hisap dadah, lalok, mengumpat psl org lain, menarik kerusi org lain sampai dia terjatuh, citer lawak lucah, buat bunyi mcm tikus mencicit, berciter psl kecantikan pompuan lain, menyoal-selidik maklumat peribadi pompuan tu mcm pegawai siasatan, memarahi kanak2 dan org tua, biar dia jalan ikut belakang korg, buang sampah merata2, meludah, mencarut, menepuk meja, berciter psl keburukan sendiri, layan perbualan sorang2 dan ada byl lagi tapi aku dah malas nak taip kat sini… korang pandai2 la pikir sendiri.
Kalo pompuan tu pandang korang bukan sekali, tapi 2 kali dan lebih lagi… maknanya korang dah cukup hensem la tu. Okeh, selamat mencuba tips2 ini agar gadis idaman tak lari bertempiaran bila nampak korang lagi.
P/S: Nah, aku kasi gambar mamat2 yg hensem kat bwh nie sebagai pendorong motivasi korang.

eehhhh.... ada lagi sorang
Sumber: http://citerjo.blogspot.com/2010/10/tips-utk-menjadi-hensem.html

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.