Negeri Kelantan Seindah Namamu - Oki Setiana Dewi

By
Advertisement

sumber: Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi




Oleh: Rossem

Artis itu memulakan ucapan  dengan kata-kata yang sangat 
menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, 
lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, 
zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak,  majoritasnya anak muda yang memenuhi 
gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika 
saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang 
melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem “Ketika Cinta 
Bertasbih” Oki Setiana Dewi.

 Khalayak sepertinya   terpukau bila sang artis pujaan mereka 
dengan suara penuh kelembutan   memuji negeri Kelantan dan 
Menteri Besarnya, Tok  Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan,  apakah 
ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal 
Indonesia, kerana  penampilannya  tidak seperti majoritas  
artis-artis lain  yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya 
Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga 
paras dadanya.  Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan 
dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

“Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu  menghadiri 
acara “Bicara Selebriti” yang dianjurkan Kerajaan Negeri 
Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak 
usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem” tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun   ia bertekad mahu menjadi seorang 
solehah , meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat 
minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati 
nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini 
menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah 
agama,  untuk menjaga keselamatan wanita,  justeru tiada 
alasan untuk  muslimah mengingkarinya. 

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang 
ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas 
tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di 
Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda 
pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa 
sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? 
Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi 
pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara 
bicara Selebriti malam itu.

Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah 
berubah ke jalan Allah dengan   memakali kerudung dalam 
usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis 
tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan  kerana mana 
ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali 
kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu 
menjadi guru.
Selanjutnya,  kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga,  terima
telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. 
Belum usai percakapan,  Oki beritahu, aku sekarang 
memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor.  Bisa!”

Mendengar tawaran itu,  cita-citanya mahu jadi artis filem 
seperti hidup kembali.  Ia berlari ke musolla lantas  mengadu 
kepada Allah SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari 
menuju-Mu. Manakala  rezeki  juga di tangan-Mu. Jangan 
persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling 
penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai 
pelakon filem  kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih”  
yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya 
Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan  sebagai 
ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia,
bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklumbalas  yang diterimanya selepas publik 
menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai 
kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat 
filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslud dakwah. 

Mengakhiri  “Bicara Selebriti” Oki mendeklamasi sebuah puisi 
terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan 
kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik 
Abdul Aziz  Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10. 


Negeri Kelantan Seindah Namamu
 Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan WahyuCik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamuSeindah negerimu 
DuhaiWajahmu nan indah
Persis Jeddah Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah 
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit 
Cuma Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia 
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali

Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru 
beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan 
Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah 
mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.
Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan 
dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi 
tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami 
meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk  dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.