2.3.12

Lelaki Curang Miliki IQ Rendah!!!

OHLALA......
JANGAN MARAH YE KAUM LELAKI YANG BACA NIH....

''Satu kajian terbaru mendapati lelaki yang gemar menipu isteri untuk menjalinkan hubungan sulit didapati memiliki tahap kepintaran (IQ) yang rendah.

Pakar psikologi evolusi dari sekolah ekonomi dan sains politik London yang mengetuai kajian itu, Dr. Satoshi Kanazawa berkata, teori evolusi mendapati bahawa lelaki yang bijak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan normal kehidupan masa kini yang menghargai kesetiaan dalam hubungan.

Menurutnya, sepanjang sejarah evolusi, golongan lelaki memang diketahui mahu mengamalkan poligami tetapi semua itu telah berubah kerana lelaki sekarang menganggap kesetiaan sebagai sebahagian daripada pembangunan sahsiah diri mereka.
dia berkata, lelaki yang memiliki IQ rendah tidak dapat mengawal nafsu sekali gus menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal 'Social Psychology Quaterly' semasa dunia digemparkan dengan berita kecurangan beberapa selebriti terutamanya bintang golf no.1 didunia, Tiger Woods dan bekas ketua pasukan bola sepak England, John Terry yang mempunyai hunbungan sulit dengan seorang model.

Seorang lagi selebriti iaitu, Aktor mendiang Paul Newman yang meninggal dunia pada 2006 pula dianggap sebagai suami paling setia di Hollywood.

Ramai saintis menganggap cara hidup Newman merupakan teladan evolusi lelaki zaman moden. selain setia, kata Kanazawa lelaki bijak yang rata-rata memiliki purata IQ 106, bersikap terbuka manakala lelaki konservatif memiliki purata IQ 95. Skala ujian IQ menyatakan lelaki normal memiliki purata IQ 90 dan keatas- agensi.''

 memang lah.... lelaki curang nih sememangnya stupidoss...  ;) ERKKKK.... LARIIIIIIIIII

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...