KITAB INJIL BERUSIA 1,500 TAHUN MENGANDUNGI RAMALAN NABI ISA DITEMUI

By
Advertisement


DAPAT PERHATIAN: Kitab Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turkey ini dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad saw. -- Foto TODAYSZAMAN.COM

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad saw menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta melihat kitab itu.

Kitab berkenaan telah disembunyikan di Turkey sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turkey, Encik Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, bahawa naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta ($27 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.



Bagaimanapun, Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan.
Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad saw.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi:'Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.'
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat, sebaliknya orang itu datang daripada golongan Ismaili, merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Encik Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Ibrani).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turkey ketika operasi antipenyeludupan pada 2000.
Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Kitab ini dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi.
Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta.
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul.
Paderi Protestan, Encik Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, sedang Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. -- Agensi.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.