7.3.12

Kabin RM75,000 ? Fuhhh.....mahal gilerrr!!!


apa nak tulis pasal n3 nih ye.... bagi orang yang sayang dengan kerajaan bien meka memang tak komplen apa la kan bila baca pasal nih.... maklumlah.... duit kerajaan bukan duit kau pun... biasanya camtu lah meka kata.
kabin ni kalau ditengok dengan mata  adalah besar reban ayam cuma cantik la tak macam reban ayam tapi takkan lah sampai rm75,000.... cuba bandingkan dengan NI (sila buka)



Tuesday, March 6, 2012


Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sahkan Kabin SRS RM75,000!

KUANTAN 6 Mac - Kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyediakan 90 kabinberfungsi sebagai pusat kawalan Skim Rondaan Sukarela(SRS) untuk kemudahan peronda di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan (foto) berkata, daripada jumlah itu, Pahang merupakan negeri penerima terbanyak iaitu 29 kabin yang bernilai RM75,000 setiap satu. "Ini diikuti Kelantan, Kedah dan Johor. Kabin hasil sentuhan pihak Universiti Teknologi Mara itu boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa,” katanya kepada pemberita di sini. Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela Peringkat Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob malam tadi. Beliau berkata, sebanyak RM16 juta telah diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan tersebut di seluruh negara.
[Sebelum ini ramai yang terkejut dan mengatakan PDO membuat fitnahtentang harga kabin (pondok) SRS ini. Namun, dengan pengesahan oleh Ketua Pengarah terbabit maka ternyata laporan sulit yang diterima PDO ada kebenarannya. Malah, harganya juga tepat dan tidak lari walau satu angka pun. Persoalannya sekarang, benarkah harganya RM75,000, sedangkan ada maklumat mengatakan ia hanya sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja. Malah, ada pihak kontraktor yang berani memberi harga RM7,500 sahaja jika projek itu dibuat oleh mereka. Kenapa ia melambung terlalu jauh dari harga sebenar?. Kami akan cuba menyiasat dengan lebih terperinci lagi perkara ini untuk didedahkan. Malah, PDO mengesyaki adanya unsur penyelewengan dalam projek berkenaan, cuma siapa yang mendapat untung masih belum dapat disahkan setakat ini. Ada pihak yang mengatakan RM75,000 itu kalau diberikan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk jalankan aktiviti mereka, ia nampak lebih afdal daripada SRS yang terkadang ada dan terkadang tidak di kawasan itu].

sumber

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...