JANGAN LETAKKAN GAMBAR ANAK ANDA DI FACEBOOK UNTUK ELAKKAN DI CULIK

By
Advertisement









Bukan semenjak dua menjak tapi dari dulu lagi ada je kes kanak-kanak hilang atau diculik. Yang sadis tentulah bila ditemui cuma tinggal mayat. Yang hilang tak jumpa-jumpa pun ada banyak.....tak tau hidup ke mati ke. Ya allah bila difikirkan rasa takut sangat kan.... penculik pulak bukan hanya menculik anak-anak orang kaya....tapi asal jumpa je dia rembat bawa lari. Dorang tak payah susah-susah nak buat drama tebusan nih..... silap haribulan kantoi almaklum polis kita kan cekap.....ehhh. 
Dulu lain...sekarang lain....dulu ada istilah dara pingitan, sekarang ada???? hahaha...
zaman sekarang zaman fb.... segala macam gambar nak di masukkan. Segala maklumat nak bagi tau. Segala pergerakan nak inform kat fb....mengalahkan menteri.... tak caya? Cer carik ada tak Datin Rosmah Mansor update status hari ni masak apa.... ngantuk nak tido dah....nak lunch kat restoren mana... tengok citer apa .... pastu kejap2 amik gambar kat hp upload kat fb.....tuuuuu orang no.1 tauuuuu.....korang...cehhhh poyooooo....haha.
Sekarang bukan anak dara je suka upload gambar kat fb bagi menarik minat jejaka-jejaka tetapi mak-mak orang pun sama je.... bangga sangat bila di puji cantik, masih mengancam, macam anak dara.....parah!!!! 
Ada mak mithali pulak suka upload gambar anak-anak... errr.....yg niiiiii (mcm aku pun ada buat). Lagi satu kalau yang berada atau kaya tu....bukan muka je tayang kat fb...rumah, kereta pun semua nak tunjuk....ingatkan tokey2 uptrend tadi....hehe
Kepada yang terbaca n3 aku nih...sila la ambil perhatian.... bukan jelous kat korang tapi just peringatan bersama. Korang baca la yeh artikel kat bawah gambar nih.
Teknologi memberi manusia kemudahan dalam melakukan aktiviti dan bersosial. Tapi teknologi juga memudahkan orang melakukan jenayah. Salah satu contohnya adalah kebiasaan para ibu-ibu muda untuk mempamerkan foto anaknya di akaun Facebook. Tindakan ini mungkin boleh membahayakan anak anda.
“Ramai kaum ibu suka gambar-gambar anaknya dipamerkan di Facebook. Ternyata, ini memberi peluang kepada penculik. Peningkatan kes penculikan sekarang juga salah satunya disebabkan kesilapan ini sehingga orang tua menjadi makin paranoid,” kata Arist Merdeka Sirait, ketua Suruhanjaya Nasional perlindungan Anak dalam perbincangan bersama media di Plaza Bapindo, Jakarta (21/3/2012).
Jika dulu penculik kena sering memantau mangsa yang akan diculik, sekarang cukup dengan membuka Facebook penculik boleh mencari korban dengan mudah. Apalagi data mengenai pekerjaan dan kesibukan orang tua juga boleh diketahui melalui Facebook. Kebanyakan kes penculikan terjadi ketika orang tua cuai dan membiarkan anak tanpa pengawasan.
Untuk mengelakkan ianya terjadi, maka tetapan keselamatan di akaun Facebook juga perlu diperketat. Gambar-gambar anak dan foto-foto lain yang bersifat peribadi sebaiknya ditetapkan supaya ia hanya boleh dilihat oleh keluarga, kawan, atau orang-orang tertentu yang dipercayai dan tidak semua orang dapat melihatnya.
Bukan hanya Facebook, televisyen juga mungkin mempunyai impak dalam membentuk perilaku buruk anak. Pelbagai tayangan seperti sinetron dan reality show masa ini tidak memberikan pemahaman yang baik kepada anak mengenai nilai-nilai moral dan lebih banyak memberi kesan negatif.
“Suruhanjaya Nasional Perlindungan Anak pernah memantau 13 stesen TV swasta di Indonesia. Hasilnya, 62% di antaranya menayangkan perilaku kekerasan yang boleh membuat anak-anak menirunya. Pelbagai adegan kekerasan ini dijumpai di sinetron dan tayangan-tayangan filem lain,” kata Arist. – DetikHealth

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.