Jangan guna amah Indonesia jika tak mampu kata Menteri Indonesia - fuhhh

By
Advertisement
Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja

KUALA LUMPUR- Indonesia mahu Kerajaan Malaysia memastikan individu yang tidak mampu dan tidak layak, tidak mengambil pembantu-pembantu rumah dari negara itu bagi mengelakkan sebarang bentuk masalah khususnya kegagalan membayar gaji.
Sehubungan itu, Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Suryana Sastradiredja berkata, Malaysia perlu memastikan gaji majikan pembantu rumah tidak kurang daripada RM5,000 sebulan.
Indonesia juga meminta agensi dan Kerajaan Malaysia menyediakan biodata majikan pembantu negaranya akan bekerja.
"Kita juga minta agensi dan kerajaan Malaysia beri biodata majikan seperti yang kerajaan Indonesia kirimkan biodata calon pembantu rumah kepada calon majikan di Malaysia.
"Biodata itu merangkumi latar belakang majikan, gaji majikan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk satu isi rumah (dulu hanya RM3,000) dan termasuk status kesihatan majikan. Kita tidak mahu majikan yang mempunyai sakit mental menggaji pekerja kita," kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual.
Sambil menegaskan matlamat Indonesia ialah membina hubungan baik dengan Malaysia, Suryana berkata, Kerajaan Malaysia harus memastikan mereka yang tidak layak, "jangan ambil pembantu rumah."
"Dan, kerajaan Indonesia pula tidak bekalkan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran yang akan menimbulkan masalah," katanya lagi.
Apabila kerajaan Indonesia mengumumkan bahawa pembantu rumah dari republik itu hanya akan menjalankan satu tugas dengan gaji minimum RM700 sebulan, ia mencetuskan kontroversi. Kerajaan Malaysia pula menegaskan, apa yang diumumkan oleh Indonesia minggu lalu itu bercanggah dengan memorandum persefahaman yang dimeterai tahun lalu.
Suryana juga berkata, di bawah pendekatan dipersetujui, kadar gaji yang ditetapkan RM700 sebulan.
"Tetapi RM600 boleh ditetapkan bagi negeri seperti Terengganu, Kelantan, Sabah di mana kos hidup lebih rendah. Selain itu, pasport boleh dipegang pembantu rumah, hak satu hari kelepasan am yang tidak ditetapkan harinya dan majikan perlu buka akaun bank untuk bayar gaji. Jika berlaku kes tidak bayar gaji, ada bukti," kata beliau merujuk kepada syarat-syarat baru penggunaan pembantu rumah.

vavavava.....demand sunnguh amah seberang sekarang... teringat cerita  jiran aku yang garang giler dengan amah dia.... mula2 semua jenjiran mengata  dia marah amah hanya sebab salah potong bawang? gila kau dapat majikan cengel macam tu.... ye la kalau bawang masuk dalam tomyam di potong dadu mau tak geram....hahaha....jadi kepada para amah tu pastikan la ek anda punya kelayakan yg setimpal untuk jadi amah kat malaysia...ye lah dah la buat satu kerja je kan.... jadi kalau kau dibayar gaji untuk masak mestilah ko masak sedap macam kat restoren2 ada klas tu..... dan kalau kau cuma berkemas je mestila berkilat rumah majikan hari-hari..... kalau jaga anak pulak pastikan ada ko ada asas pendidikan kanak-kanak.... takkan la setakat kejut bangun, mandikan, bagi susu, basuh berak je dapat rm700....mcm tu aku pun nak buka taska kat dalam rumah...kekeke~

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.