Hukum Rebonding Rambut

By
Advertisement






Soalan :
Ustazah, apakah hukum melakukan proses rebonding rambut?

Jawapan :
Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. 
(Kamus Dewan: 1094).  Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait 
dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah 
mengqaza‘ rambut,menyambung rambut dan mewarnainya.  Rebonding 
juga termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya 
perlu diperincikan.

Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk 
kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri.  

Rebonding
 adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut si 
pemiliknya agar rambut jatuh lebih lurus dan lebih indah.  Proses rebonding 
mempunyai dua peringkat iaitu:

Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan 
protein rambut.  Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat 
pelurus rambut bersuhu tinggi.  Kedua, rambut disapukan dengan krim 
tahap kedua untuk mengekalkankelurusan rambut.

Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein 

dalam rambut.  Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang 
terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida.  
Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan 
bentuk rambut kita.  Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu. 

Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut  bertujuan 

untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut 
yang kerinting menjadi lurus.

Proses rebonding menghasilkan perubahan yang kekal pada rambut.  Namun 

rambut baru yang tumbuh dari akar rambut akan tetap mempunyai bentuk 
rambut yang asli.  Jadi, rebonding bukan pelurusan rambut biasa yang hanya menggunakan rawatan fizikal , tetapi juga menggunakan rawatan kimia yang 
mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal.  Inilah fakta (manath) 
rebonding.

Menurut kajian kami, melakukan proses rebonding hukumnya adalah haram 

kerana dua sebab iaitu mengubah ciptaan Allah dan menipu.  Hukum 
rebonding adalah haram kerana ia termasuk dalam proses mengubah 
ciptaan Allah (taghyir khalqillah) yang telah diharamkan oleh nash-nash 
syara’.  Dalil keharamannya adalah keumuman firman Allah yang bermaksud:  
Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu
mereka benar-benar mengubahnya”.   [TMQ an-Nisaa` (4): 119]. 

Ayat ini menunjukkan haramnya mengubah ciptaan Allah, kerana syaitan tidak 

menyuruh manusia kecuali kepada perbuatan dosa.

Mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) didefinisikan sebagai proses 

mengubah sifat sesuatu sehingga seakan-akan ia menjadi sesuatu yang 
lain (tahawwul al-syai` ‘an shifatihi hatta yakuna ka`annahu syaiun akhar), 
atau bermakna menghilangkan sesuatuyang asal itu sendiri (al-izalah).  
[Hani bin Abdullah al-Jubair, Al-Dhawabit al-Syar’iyah li al-‘Amaliyat 
al-Tajmiliyyah, halaman 9].

Dari definisi tersebut, dapat kita ketahui bahawa rebonding termasuk 

dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah), kerana 
rebonding telah mengubah struktur protein dalam rambut secara 
kekal sehingga mengubah sifat atau bentuk rambut asli menjadi sifat 
atau bentuk rambut yang lain.  Dengan demikian, hukum  rebonding 
adalah haram.

Selain dalil di atas, keharaman rebonding juga didasarkan pada dalil Qiyas.  

Dalam hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA, baginda bersabda:  
Allah melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut 
bulu kening dan yang minta dicabutkan bulu keningnya, serta wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan, mereka telah mengubah ciptaan 
Allah.”  [HR Bukhari].

Hadis ini telah mengharamkan beberapa perbuatan yang disebut di dalam nash, 

iaitu mentatu, minta ditatu, mencabut atau minta dicabutkan bulu kening, dan merenggangkan gigi.  Keharaman perbuatan-perbuatan itu sesungguhnya 
didasarkan pada suatu illat (alasan penetapan hukum), iaitu untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah (thalabul husni bi taghyir khalqillah).   
[Walid bin Rasyid Sa’idan, Al-Ifadah al-Syar’iyyah fi Ba’dh al-Masa`il 
al-Thibbiyyah, halaman 62]. 

Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram, kerana dapat diqiyaskan 

dengan perbuatan-perbuatan haram tersebut, apabila ada kesamaan illat
untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah.

Sebahagian ulama telah menyimpulkan adanya illat dalam hadis tersebut, sehingga mereka mengambil kesimpulan umum dengan jalan Qiyas, iaitu mengharamkan 

segala perbuatan yang memenuhi dua unsurillat hukum, iaitu mengubah ciptaan 
Allah dan untuk tujuan kecantikan. 

Abu Ja’far Ath-Thabari berkata,”Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita tidak 

boleh mengubah sesuatu dari apa saja yang Allah telah menciptakannya atas sifat 
pada sesuatu itu dengan menambah atau mengurangi, untuk tujuan kecantikan, baik untuk suami mahupun untuk selain suami.”  [Imam Syaukani, Nailul Authar, 10/156; Ibnu Hajar, Fathul Bari, 17/41; Tuhfatul Ahwadzi, 7/91].

Hukum rebonding adalah haram kerana ia juga termasuk dalam penipuan.  Muawiyah berkata:"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."  [Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.]

Oleh kerana proses rebonding mengubah bentuk rambut daripada satu bentuk menjadi bentuk yang berbeza daripada bentuk asal, maka ia dianggap sebagai penipuan.

Adapun meluruskan atau mengerintingkan rambut tanpa rawatan kimia yang mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan 

fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya, hukumnya boleh. 

Sama juga hukumnya dengan perubahan yang bersifat sementara seperti dengan bersikat, menggunakan gel dan mendandan rambut.  Malahan ini perkara yang disunatkan. 

Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya."

 [Hr Abu Daud - hasan sahih] 

Ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah, tapi termasuk tazayyun(berhias) yang dibolehkan bahkan dianjurkan syara’, dengan 

syarat tidak boleh dipamerkan kepada yang bukan mahram.  Wallahu a’lam.

sumber

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

HARGA VITAMIN SHAKLEE. SILA SMS UNTUK HARGA JIMAT!

HARGA VITAMIN SHAKLEE.  SILA SMS UNTUK HARGA JIMAT!
HARGA BAGI SABAH&SARAWAK ADALAH MENGIKUT HARGA WM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.