6.3.12

Daging Kucing Rebus Punca Bilionair Mati



BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China 
menyebabkan penyiasat polis tertanya-tanya sama ada punca
kematiannya atau pembunuhannya disebabkan dia makan
daging kucing.

Long Liyuan, 49, menemui ajal pada 23 Disember di wilayah 
Guangdong selepas berkongsi makanan istimewa bahagian
selatan negara itu iaitu hidangan daging kucing rebus dengan
dua lagi lelaki dalam majlis makan tengahari perniagaan.
Seorang lelaki itu yang juga pegawai tempatan, Huang Guang, 
ditahan Jumaat lalu kerana disyaki memasukkan racun herba ke 
dalam periuk mengandungi daging itu.
Pihak polis mensyaki Huang mempunyai motif membunuh 
Long kerana mereka terbabit dalam pertelagahan perniagaan.

Huang yang juga Timbalan Pengarah Pertanian pekan Bajia,
Guangdong disyaki memasukkan racun herba
‘Gelsemiun elegans’ke dalam periuk itu, lapor blog
mikro penyiasat polis.


Tumbuhan beracun itu didapati dalam banyak kawasan hutan di 
beberapa tempat di China. Tiga lelaki itu jatuh sakit tetapi Long 
menemui ajal kerana dia paling banyak makan herba itu.


Long dan Huang bertemu untuk membincangkan kontrak perniagaan. 
Long yang mempunyai syarikat perhutanan di Guangdong mahu 
memajak tanah hutan dan membangunkannya, lapor Nanfang Daily, 
akhbar utama Parti Komunis, kelmarin.


Lelaki ketiga, Huang Wen yang juga rakan rapat Long berkata dia 
hanya makan sedikit selepas mendapati rasa masakan itu pahit 
daripada biasa.Long yang makan lebih banyak pening dan sakit.
Dia segera dihantar ke hospital dan diserang angin ahmar dan
menghembuskan nafas terakhir.


Pada awalnya polis menahan pemilik restoran kerana mengesyaki 
menghidangkan makanan tidak bersih.
Ahli keluarga ahli perniagaan itu enggan mempercayainya ia kes
keracunan makanan dan mendesak polis menyiasat lebih lanjut dan
menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM49,702) bagi maklumat
kematiannya. – AP

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...