15.3.12

BEZA HUKUMAN SEBAT DI ACEH DAN DI MALAYSIA





Kisah kat bawah ni tentang hukuman rotan yang dikenakan kepada pesalah yang berjudi di Aceh. Seperti yang kita tahu Aceh memang melaksanakan undang-undang Islam. 


SEORANG pesalah judi dirotan di Langsa, Aceh semalam. Reuters 

LANGSA, Indonesia: Lima lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi dirotan di khalayak ramai di sini semalam.
Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam. Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat di hadapan beratus-ratus orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur.
Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan undang-undang syariah.
Ketua bahagian jenayah di pejabat pendakwa raya Aceh, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki tersebut adalah antara 20 orang yang didapati bersalah melanggar undang-undang syariah pada Januari lalu.
Lima lelaki itu dirotan sebanyak enam kali. Mereka dirotan di sebuah padang dan disaksikan ratusan orang yang menyorak semasa hukuman tersebut dilaksanakan. Sebahagian daripada mereka menjerit dan mempersoalkan kenapa pesalah tersebut hanya dirotan sebanyak enam kali. - Agensi.

Yang di bawah ini pula hukuman sebat yang dilakukan Di Malaysia. Ini dinamakan hukuman civil.
Berbezakan.

Antara 2 Cara sebat... 2 gambar di atas, berlaku hukum sebat depan khalayak ramai di Aceh. 2 gambar di bawah, hukum perundangan civil warisan undang-undang penjajah. (Lanjut sila lihat http://drfauzee.blogspot.com/)

Sebatan syariah jauh berbeza daripada sebatan sivil.

Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding dengan sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.

Bila lihat gambar nampak sangat betapa zalimnya undang-undang penjajah. Kenapa agaknya Malaysia tak nak laksanakan undang-undang Islam?

3 comments:

AisNy said...

dey... hukuman rotan yg dilaksanakan di Malaysia tu dilaksanakan keatas penjenayah... tak kan la ko tak pernah tengok... kalau setakat rotan macam yg kat Aceh tu... penjenayah kat Malaysia nie senyum jer...

Sebab tulah, orang Aceh sendiri mempersoalkan kenapa disebat 6 kali jer... Orang yang kena sebat tu pun boleh senyum lagi...

Sari said...

hukum hudud adalah sebaik2 hukuman sebab telah ditetapkan oleh Allah jadi kenapa pula kita nak pertikaikan.

Unknown said...

setiap hukuman ini bukan untuk menyeksa tp pengajaran... kenapa khalangan manusia x fikir jauh ???
Dalam islam ini hanya untuk mendidik bkn utk memberi penyeksaan...

kenapa islam mengajar kita supaya mendidik bkn dri penyeksaan...

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...