ALFATIHAH UNTUK ADIK NADIRAH - MAYATNYA DIJUMPAI RENTUNG!

By
Advertisement
Pasir Gudang: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.

Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.

Ibu Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang, Roselyn Alan, 25, bekas suaminya yang menetap di Klang, Selangor, masih direman sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan polis.

Walau bagaimanapun menurut Roselyn, dia dan bekas suaminya yang berusia 30-an itu berpisah pada 2008 secara baik tanpa sebarang persengketaan.

“Sejak berpisah, kami sentiasa berhubung dan tidak wujud langsung pertikaian berkaitan penjagaan anak.

“Malah, dia sering bertanya khabar melalui telefon dan menemui anak jika mempunyai masa lapang,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan suami baru pada 2010 sebelum melahirkan Ainul Suhada yang kini berusia dua bulan.

Menurut Roselyn, sejak kehilangan Dirang, bekas suaminya datang ke Johor bagi membantu mengesan anak kedua mereka.

“Dia juga memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan, saya yakin bekas suami tidak terbabit,” katanya yang ditemui selepas menerima kunjungan isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofia di kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, semalam.

Mengulas kehadiran Raja Zarith Sofia, Roselyn mengakui terkejut dan dalam masa sama gembira.

“Saya berasa amat terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan Raja Zarith Sofia yang memberi semangat kepada kami sekeluarga untuk terus tabah,” katanya.



ps: sedihnya bila baca kisah adik ni...siapalah manusia yang tergamak membunuh dan membakar kanak-kanak kecil sebegitu...kejam.....tak ada perikemanusiaan. Semoga kisah adik  Nadirah/Dirang ini dijadikan pengajaran kepada ibu-ibu supaya janganlah leka dan lalai dalam menjaga anak-anak. Jangan kerana leka berfb anak menjadi korban.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.