25.2.12

Suluh anak buat 'projek' ...


Berani betul remaja bawah umur berzina, dkt berenda rumah pulak tu...baru umur 15 thn dah hilang dara akibat diragut percuma oleh kekasih...cinta apakah ini??? bertaubatlah...




HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ayah apabila mendapati objek bergerak yang disuluh menggunakan lampu suluh di beranda rumah kakaknya adalah aksi anak gadisnya tanpa seurat benang berkelakuan sumbang dengan seorang lelaki.
Anak gadisnya yang berusia 15 tahun melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di beranda rumah milik ibu saudaranya itu.

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun terbabit diberi tanggungjawab menjaga rumah kakaknya yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Gedangsa, dekat sini.


Menurut sumber, berang dengan tindakan jijik anak gadisnya dan teman lelaki yang berusia 17 tahun itu, bapa berkenaan memarahi anaknya itu yang juga bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) supaya menceritakan kejadian sebenar.

Lelaki terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Gedangsa, petang kelmarin.


“Kejadian itu berlaku jam 10 malam Sabtu lalu. Ketika itu, anak gadisnya tiada di rumah.



“Bapa gadis itu yang diberi tanggungjawab menjaga rumah kakaknya pergi ke rumah berkenaan bagi memastikan keadaan rumah itu selamat,” katanya.

Sumber berkata, berbekalkan lampu suluh, lelaki terbabit menunggang motosikal ke rumah berkenaan.


“Sebaik tiba di rumah itu, dia hairan apabila mendapati pintu rumah itu tidak berkunci. Dia masuk ke dalam rumah untuk melihat apa yang berlaku.

“Dia mendengar bunyi seakan-akan suara orang di beranda rumah. Lelaki itu pergi ke arah berkenaan dan terkejut sebaik melihat sepasang remaja dalam keadaan bogel melakukan hubungan seks,” katanya.


Beliau berkata, remaja lelaki yang menyedari kelakuan mereka dilihat melarikan diri.


Menurutnya, lelaki terbabit membawa anak gadisnya itu pulang ke rumah dan bertanyakan lebih lanjut mengenai perbuatan itu dan berbincang dengan keluarganya sebelum membuat laporan polis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Norel berkata, gadis terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan suspek direman tujuh hari sehingga 1 Mac ini bagi siasatan lanjut.







ps: untung la dik ko masih hidup, dapat makan dan minum lagi selepas buat aksi memalukan tu...kalo bapak akak la tuh.... dah separuh nyawa kot dia kerjakan..... ingat dulu...akak pun nakal jugak.... bapak akak sound.... jgn belunjur sebelum duduk (itu je ayat keramat dia)...kalau kau buat ko tak jumpa la abah lagi.... memang kecut la perut bila abah cakap mcm tu.... ye laa.... selama ni abah yang besarkan... hidupkan....sekolahkan....tetiba ko bagi dia malu besar!!! memang tak payah hidup lagi baik la...






1 comment:

Unknown said...

warning mak ayah tu kira perlaksanaan hukum hudud le tu ...... nak mampos kau buat le ....!!! takut sesangat le kita.... tak berani le nak buat ... tapi ada tuan hakim besar kata hukum hudud tak takutkan orang buat maksiat .... hakim sekular le tu ..... curi ayam harga rm5 je dia denda 2 tahun penjara ... curi duit kerajaan rm3 juta, dia denda sehari je penjara .....!!!!!

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...