15.2.12

Suami, Madu Belasah Isteri Pertama

Dicerai bebel ‘gigitan cinta’

Dicerai kerana bebel gigitan cinta

Kisah nih dipaparkan dalam harian metro hari nih.
Tepuk dahi....... dengan ragam manusia yang macam-macam nih.
Sakit hati pun ya jugak.
Walaupun tak ada kena mengena dengan aku tapi eeeiiiii geram pulak baca cerita macam nih.
Akhbar metro ni memang.......memang suka up cerita-cerita sensasi macam ni la..... haishhhh.

Bila baca berita tu ada sesuatu yang buat aku termangu2....... usia mangsa 24 tahun dah bermadu....ohhhhh ngerinyaaaaa. Umur suami pula lewat 20 an. Umur begini biasanya ramai pasangan baru je nak mendirikan rumahtangga...baru nak membina keluarga...... sedang hangat melayari alam rumahtangga.

Okey..... mungkin dah takdir dia begitu....... dalam usia muda dah bermadu. Tapi yang aku tak paham kenapa nak membebel bila melihat love bite kat leher suami? Opkos la kan yang buat tu isteri muda....jeles? Tak boleh nak buat apa dah.....kenala terima hakikat yang suami kita tu bukan kita sorang je yang pakai tapi ada perempuan lain juga yang pakai.

Suami dikatakan malu bila isteri membebel di sebuah restoren ketika sarapan pagi..... lalu arahkan isteri masuk ke dalam kereta dan beredar. Tapi isteri masih tak puas hati dan membebel lagi. Suami geram suruh isteri turun dari kereta. (ni di namakan suami yang berakal sejengkal)

Nasib baik ada kwn isteri lalu dan tumpangkan isteri yang minta di hantar ke rumah madu. (tak puas lagi nak membebel)

Akhirnya kena belasah dengan suami dan madu sekali siap kena cerai dengan talak satu.

Aku sebenarnya cuba membayangkan kalau aku berada di tempat perempuan tu (mangsa). Apa nak buat ye.
Lebih baik la bercerai agaknya. Kalau madu pun tolong suami kita belasah kita adakah kita nak bermadu dengan perempuan macam tu...tak payah. Tapi yang ni pendapat aku..... aku yang tengah geram. Mungkin perempuan tu tak bersependapat dengan aku.

Allah....mudahkan urusan hambamu ya Allah. Janganlah kau bebankan kami dengan beban yang tak terdaya kami memikulnya. (sebenarnya aku kasihan dengan perempuan yang di seksa oleh suami nih..... )

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...