Pergaduhan Di Restoran KFC, Ini Klip Video Awal Bagaimana Ia Tercetus…

By
Advertisement

Pergaduhan Di Restoran KFC, Ini Klip Video Awal Bagaimana Ia Tercetus...
Isu pergaduhan di restoran makanan segera, KFC di i-City, Shah Alam yang melibatkan pekerja-pekerja restoran itu dan seorang pemuda Cina, Danny Ng baru-baru ini benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Setelah insiden itu terjadi, ramai pihak menunding jari antara satu sama lain dan perdebatannya hangat dibincangkan terutama dalam internet.
Ramai yang telah memberikan reaksi berikutan rakaman itu dan menyatakan punca pergaduhan terjadi kerana Ng telah mengeluarkan kata-kata kasar dan biadap terhadap pekerja-pekerja KFC terbabit.
Seorang wanita yang merakamkan insiden di cawangan restoran makanan segera itu berkata, beliau mendengar pertelingkahan yang kuat di antara seorang pelanggan dan kakitangan KFC.
Wanita itu, yang mahu dikenali sebagai Jess, pada sidang media, Sabtu, memberitahu bahawa dia mendengar pelanggan memberitahu kakitangan outlet yang mereka sepatutnya memaklumkan kepada pelanggan jika cawangan tersebut telah kehabisan ayam.
Jess berkata, salah satu kakitangan bertindak balas dengan memberitahu pelanggan supaya tidak bersikap kurang ajar.
Sejurus kemudian, pergaduhan telah berlaku di antara pelanggan dan kakitangan cawangan.
Jess, yang berada di KFC cawangan i-City dari pukul 9.30 hingga 11.00 malam pada hari Isnin berkata restoran itu penuh sesak dengan pelanggan.
Pun begitu, terdapat satu lagi rakaman video yang sempat dirakam dan dimuat naik oleh seorang pemegang akaun Youtube lain, reenababyful yang merakamkan sebelum kejadian kecoh itu terjadi.
Memang jelas di dalam rakam tersebut Ng telah meninggikan suara dan memarahi pekerja-pekerja KFC tersebut.
Namun, kejadian itu berlarutan apabila Ng semakin ‘rancak’ memarahi pekerja-pekerja KFC di  situ yang mendorong kepada pergaduhan antara mereka.
Bagaimanapun, Ng dalam kenyataannya bersama ADUN DAP Segambut, Lim Lip Eng, menafikan dirinya bertindak melampau sehingga mencetus insiden hangat tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, polis akan mengambil tindakan ke atas media yang didapati menimbulkan isu perkauman dalam laporan mereka berhubung insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, polis juga akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran penerbitan rakaman insiden berkenaan di laman itu.
Menurutnya lagi, polis setakat ini hanya mengambil tindakan ke atas insiden pergaduhan di Kentucky Fried Chicken i-City itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Kita hanya ambil tindakan di atas pergaduhan itu. Lepas itu (rakaman) pergaduhan ini diletak dalam Youtube, komen yang timbulkan isu perkauman itu kita akan ambil tindakan lain.
“Kalau yang itu (isu perkauman) jadi kes lain. Kalau suratkhabar yang timbulkan perkauman (berhubung insiden itu), kita akan ambil tindakan ke atas suratkhabar,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini – mynewshub

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.