Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halal Jakim

By
Advertisement


"2 Feb 2012 - BARU-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah melancarkan Kempen Kesedaran Halal berkaitan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Berita mengenainya sekali lagi disiarkan oleh sisipan Mega Utusan Malaysia pada Jumaat pada 13 Januari 2012.


Pada majlis tersebut Jamil Khir memperkenalkan logo halal yang baru keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Difahamkan logo tersebut akan dicetak pada semua bungkusan makanan atau barang-barang lain oleh syarikat-syarikat tempatan di mana barang-barang keluaran mereka mendapat kelulusan halal dari Jakim.

Dukacita pada logo tersebut terdapat kesilapan pada ejaan jawi di mana nama negara Malaysia telah dieja kepada Malayzia. Dan difahamkan nama Malayzia tidak ada disebut oleh mana-mana negara di dunia ini.

Di negara-negara Arab di Timur Tengah pula akan disebut atau dikenali sebagai Malasie. Jakim sewajarnya mencontohi Bank Negara Malaysia (BNM) di mana semua wang kertas keluaran BNM didapati betul dalam ejaan tulisan jawi.

Ejaan betul pada semua wang kertas tersebut dieja 'min lam ya sin ya alif' dan bukannya ejaan salah iaitu 'min alif lam ya zai ya alif' seperti terdapat di logo halal tersebut.

Nama negara Malaysia ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia mestilah dihormati sama ada dalam bentuk ejaan pada semua tulisan atau sebutan.

Dengan kesilapan itu seolah-olah Jakim tidak prihatin kepada tulisan jawi dalam ejaan Melayu. Kesilapan itu juga boleh membawa kepada kekeliruan di kalangan murid-murid sekolah. Saya percaya Jakim telah mengeluarkan belanja yang agak besar untuk memperkenalkan logo baru itu termasuklah mencetak sijil halal, banner, baju pegawai penguatkuasa yang ada logo tersebut dan lain-lain lagi.

Atas kelemahan dan kesilapan itu, syarikat-syarikat juga akan mengalami kerugian kos atau tenaga kerja jika pembetulan grafik di logo itu terpaksa dibuat pada bungkusan-bungkusan keluaran mereka yang sudah siap dicetak dan hanya menunggu untuk diedarkan di pasaran tempatan atau ke luar negara.

HAMID DAUD
Kuala Lumpur

www.utusan.com.my"
 

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.