Kejam: Seorang Lelaki Merempat Di Tetak Dengan Kapak Dan Otaknya Di Makan Pembunuh

By
Advertisement
SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat didakwa kerana menetak seorang lelaki yang tidak berumah dengan kapak dan memakan otak mangsa.

Wajah Pembunuh..Tyree Lincoln
Tyree Lincoln Smith, 35, tidak menunjukkan perasaan bersalah ketika berdiri dikandang tertuduh dengan tangan di gari di belakangnya ketika pendakwaan atas kesalahan membunuh dulakukan di mahkamah Connecticut.

Smith dituduh membunuh Angel Gonzalez, 15 Disember lalu, dimana mayat mangsa ditemui di tingkat tiga rumah tinggal.

Pendakwaraya, Gliese Collimore menggesa hakim untuk mengenakan bon jaminan yang tinggi kerana menganggap jenayah itu sebagai "amat kejam."

Talitcha Frazier, kakak ipar mangsa, menyatakan bahawa dia teringat pernah melihat Smith meminta sedekah di jalan dan menyuruh lelaki itu mendapatkan pekerjaan." Saya tidak menyangka bahawa dia telah membunuh abang ipar saya," kata Frasier di mahkamah selepas perbicaraan.

Smith dicari pihak berkuasa apabila sepupu pembunuh itu menghubungi polis apabila menjumpai mayat Gonzalez.

Sepupu Smith memberitahu detektif bahawa lelaki itu datang kerumahnya pada 15 Disember dan meminta izin untuk masuk ke rumah dan membersihkan darah di tangannya sebelum pulang ke rumah tinggal di mana dia menginap di situ.

Keesokan harinya, Smith kembali ke rumah sepupunya dengan darah di seluarnya, tangan dan kapak, menurut catatan di dokumen mahkamah.

Sepupu Smith berkata:" Smith memberitahunya bahawa dia sedang tidur di anjung rumah di rumah terbengkalai apabila dia dikejutkan oleh seorang lelaki lain dan menjemput lelaki itu masuk ke dalam rumah. Smith kemudian memukul muka dan kepala lelaki dengan kapak dan mengumpul satu daripada matanya dan separuh otaknya, yang kemudian ditanam di tanah perkuburan berhampiran.

Sepupu Smith memberitahu detektif bahawa dia menelefon ibu Smith yang kemudian mencadangkan kepada pihak polis pada 16 Disember supaya mereka memeriksa rumah yang terbengkalai dan memberitahu bahawa anaknya mempunyai "masalah mental.

Lelaki itu juga diarahkan dirujuk ke pakar psikitri untuk dianalisa.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.