APAKAH KITA CINTAKAN RASULULLAH?

By
Advertisement




Ketika itu baginda Rasulullah SAW tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Lalu kemudian baginda bertanya, "Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa hamba yang mulia di sisi Allah?"


»Para sahabat terdiam. Lalu ada seorang sahabat berkata, "Para malaikat, Rasulullah, merekalah yang mulia."


 »Rasulullah menjawab, "Ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah, tentulah merekalah mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan."

»Lalu para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba seorang sahabat kembali berkata, "Ya Rasulullah, tentu para nabi, merekalah yang mulia itu."


 »Nabi Muhammad tersenyum. Baginda berkata, "Ya, para nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Tapi ada lagi yang lain."

» Para sahabat terdiam, Lalu salah seorang sahabat berkata, "Apakah kami sahabatmu, ya Rasulullah?"


 »Baginda memandang wajah mereka semua satu persatu, Baginda tersenyum melihat para sahabat. Baginda berkata, "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, membantu perjuanganku, Tentulah kalian mulia, tetapi ada yang lain yang mulia."


 »Para sahabat terdiam kesemuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi.

»Tiba-tiba, baginda Nabi Muhammad menundukkan wajahnya. Tiba-tiba baginda menangis. Para sahabat tertanya, "Mengapa engkau menangis ya Rasulullah?".

»Rasulullah mengangkat wajahnya, terlihat air mata membasahi pipi dan janggutnya. Lalu baginda berkata, "Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu. Mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku pun rindu kepada kepada mereka, mereka yang mulia itu, mereka itulah UMATKU.

SUMBER: Hamba Allah 
PESANAN: betapa untungnya jadi umat akhir zaman.. nabi RINDU pada kita.. ya allah kuatkan iman kami.. sayangnya kami pada rasullullah...

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.