Aktress Popular Tasha Shilla Pengsan Dalam Keranda

By
Advertisement




PELAKON baru yang popular dengan drama bersiri "Bunga April" Tasha Shilla,25 tahun dikatakan pengsan di dalam keranda, baru-baru ini.

Tasha's outfit at the upcoming ABP awards.



Ketika kejadian, pelakon muda itu sedang menjalani penggambaran dan salah satu adegan yang perlu dilakonkan adalah di mana watak beliau telah meninggal dunia, dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan.


Adegan seram ini adalah dari sebuah telefilem seram bertajuk Panggilan Arwahyang bakal disiarkan melalui saluran astro, di mana dia juga perlu membayangkan iblis di sekitar jenazahnya untuk mengajaknya ke neraka.

Ketika disoal selepas beberapa jam tidak sedarkan, dia berkata:"Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi yang saya ingat, saya sedih dan saya menangis. Kemudian saya tersedar dan perasan krew-krew sedang mengelilingi saya".

Krew-krew yang berada ditempat kejadian memberitahu bahawa beliau telahpengsan selama tiga jam.
"Saya mungkin pengsan kerana sedikit tekanan ketika berlakon", tambahnya lagi.
Selepas sedar dari pengsan, penggambaran filem itu diteruskan semula.

Pelakon jelita ini dilanda kontroversi baru-baru ini mengenai sambutan hari jadinya disebuah kelab malam dan beliau berjaya mengendalikan gosip itu dengan baik.

"Orang kata saya lesbian dan macam-macam tohmahan termasuk dikatakan"Pole-dancer". Saya sangat kecewa pada mulanya tetapi lega kerana ibu saya sentiasa menyokong saya. Saya menerima bahawa ini adalah sebagai sebahagian daripada lumrah apabila menjadi "public figure"," katanya.


Tasha dicalonkan sebagai finalis Anugerah Bintang Popular yang bakal tiba 8 April nanti sebagai calon Artis Baru Terbaik.


Beliau akan menjadi salah seorang yang dicalonkan yang akan memakai pakaian dress merahyang direka oleh Rafai serta mutiara dari Rafflesia.

Rancangan ini akan disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam pada 8 April.


Sumber: Daily Chill

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.