11.2.12

10 Penjelmaan Pada Gambar Dan Video Paling Terkenal Di Dunia


.Ada beberapa persoalan yang mungkin bermain di fikiran sesetengah orang. Walaupun ramai yang tidak mahu percaya pada perkara ghaib, teknologi telah memungkinkan kita semua mengambil gambar-gambar makhluk ghaib ini. Sama ada anda percaya atau tidak, terpulanglah pada anda.
 1. Hantu Tulip Staircase

Pada tahun 1966 seorang paderi yang telah bersara Rev. Ralph Hardy telah mengambil gambar sebuah tangga yang berpusing (dipanggil “Tulip Staircase”) di seksyen Rumah Permaisuri dalam Muzium Maritim Nasional di Greenwich, England dan terambil gambar ini. Pakar telah menganalisis negatif gambar yang asli dan telah mengesahkan yang gambar tersebut tidak diubahsuai atau dimanipulasikan dalam apa cara pun.
Gambar ini ialah satu bukti tentang  entiti di Rumah Permaisuri yang dianggap benar. Bunyi derap tapak kaki, pintu yang tertutup sendiri dan bunyi suara kanak-kanak sering didengari di kawasan tangga ini. Ada juga pelawat yang telah dicubit oleh jejari yang tidak kelihatan sewaktu menjelajah di sini.
Penampakan penuh juga pernah dilihat dalam beberapa situasi, salah satunya ialah jelmaan yang dikatakan sedang mop darah di bahagian lantai tangga. Ahli sejarah mengatakan yang seorang pembantu rumah telah dicampak dari bahagian atas tangga dan jatuh 50 kaki ke bawah, yang mungkin memberikan gambaran tentang krew pembersihan berhantu tersebut. 

2.  Hantu tempat duduk belakang
Pada tahun 1959, Mabel Chinnery melawat kubur neneknya di tanah perkuburan British apabila dia mengambil gambar suaminya, yang sedang menunggunya seorang diri di dalam kereta.
Mrs. Chinnery tidak mengesyaki apa-apa sehingga filem gambar yang diambil itu dicuci, dan suaminya rupanya tidak menunggu seorang diri. Gambar tersebut menunjukkan seseorang yang memakai cermin mata sedang duduk di tempat duduk belakang, dan Mrs Chinnery terus mengenal pasti figura tersebut sebagai ibunya yang kuburnya baru saja Mrs. Chinnery lawati.
Seorang pakar fotografi yang memeriksa gambar tersebut yakin yang gambar figura wanita tersebut bukan ‘pendedahan berganda’ mahupun refleksi. Dia malah berkata dia sanggup meletakkan reputasinya sebagai jaminan yang gambar tersebut ialah asli.
3. Hantu Penjara Eastern State
Apabila krew TAPS dalam siri televisyen Ghost Hunters melawat Penjara Eastern State yang bersejarah di Philadelphia, mereka berjaya merekodkan video ‘sesuatu’ berlari ke arah kamera dan kemudian berpusing dan berlari lawan arah. Silakan tonton:
 4. Hantu kedai Toys ‘R’ Us
Kedai Toys ‘R’ Us idi Sunnyvale, CA, adalah rumah kepada hantu yang bernama John, dan itulah dia yang sedang bersandar pada pintu di dalam gambar. Gambar ini diambil sewaktu penggambaran That’s Incredible, dan pada masa itu tiada siapa yang menyedari kehadiran John, tetapi dia muncul dalam gambar infrared itu.
Psikik seperti Sylvia Browne yang terkenal telah melawat kedai itu beberapa kali dan telah melaksanakan beberapa sesi ‘perbualan’ dan mendapat tahu nama entiti tersebut. John dikatakan seorang penceramah agama dan mempunyai kandang kuda di situ pada tahun 1880’an, tempat kedai Toys ‘R Us bertapak sekarang. Ada pelbagai versi tentang bagaimana John mati, tetapi kesemua bersepakat yang John mati kerana pendarahan teruk akibat luka memotong kayu.
 Dia dikatakan suka ‘bergurau senda’ dengan para pelanggan kedai, termasuk mengekori pelanggan yang masuk ke tandas wanita dan membuka paip air, membuang patung dari rak dan membisikkan nama pekerja ke telinga mereka, dan apabila mereka berpaling, tidak melihat sesiapa.
5. Hantu Datuk
Denise Russell mengambil gambar neneknya pada tahun 1997.  Neneknya hidup sendiri sehingga tahun 90’an dan ini ialah gambar neneknya sewaktu perkelahan dengan keluarga tidak lama sebelum wanita itu meninggal dunia. Tiada siapa menyedari kelibat lelaki di belakang neneknya selama tiga tahun, tetapi apabila keluarga itu sedar, mereka menyedari yang lelaki itu ialah datuk Denise, yang meninggal dunia sejak 1984. Gambar hitam putih lama datuknya mengesahkan apa yang diputuskan oleh mereka.
6.  Lady Brown Dewan Raynham
Gambar diambil pada tahun 1936 oleh Captain Provand dan Indre Shira, ini mungkin antara imej gambar hantu yang paling terkenal di dunia, tetapi tiada siapa yang dapat memastikan keasliannya. Jurugambar yang mengambil gambar ini dikatakan sedang melawat Dewan Raynham di Norfolk, England untuk majalah Country Life, apabila mereka mengambil gambar wanita yang merupakan penghuni asal rumah tersebut, Lady Dorothy Townsend, sedang berjalan menuruni tangga.  Provand menyaksikan jelmaan itu dengan matanya sendiri, sebelum mengangkat kameranya dan memetik gambar yang kemudiannya menjadi terkenal ini.
 7. Hantu Bayi
Pada tahun 1946, seorang wanita bernama Mrs. Andrew mengambil gambar batu nisan di kuburan anak perempuannya di Queensland, Australia. Anak perempuannya itu baru berusia 17 tahun apabila meninggal dunia setahun sebelum itu.  Apabila filem dicuci, Mrs. Andrew terkejut kerana wujudnya imej seorang bayi perempuan yang melihat secara terus ke arah kamera.
Tiada kanak-kanak di tanah perkuburan hari itu sewaktu gambar diambil dan Mrs. Andrews tidak pernah mengambil gambar mana-mana bayi menggunakan kameranya. Dia juga menyatakan bayi itu tidak kelihatan seperti anak perempuannya yang telah meninggal dunia sewaktu mendiang masih bayi.
Beberapa tahun kemudian, seorang pengkaji paranormal Australia menyiasat kes itu dan mendapati terdapat dua kubur bayi dekat dengan kubur anak Mrs. Andrews.
8. Hantu Puteri Di Hotel Mount Washington
Dibuka pada tahun 1902, resort Mount Washington di Carroll, New Hampshire, dikatakan tempat tinggal beberapa roh. Paling diketahui ramai, ialah roh seorang puteri raja yang menghuni hotel tersebut pada setiap musim panas semasa hayatnya dan sering berinteraksi dengan pengunjung.  Puteri itu sukakan keselesaan sebuah katil di bilik nombor 314 yang masih berada di hotel itu sehingga ke hari ini.
Krew penyiasat paranormal TAPS (dari siri Ghost Hunters) merupakan krew paranormal pertama yang menyiasat hotel tersebut, dan mereka menemui sesuatu yang mendebarkan yang dikatakan membuktikan tentang penjelmaan roh . Dalam klip audio berikut, yang diambil di bilik 314, penyiasat utama bertanya, , “Princess, are you in here?”dan jawapan yang kedengaran ialah, “Of course I’m in here. Where are you?”

9. Hantu Budak Lelaki Ladang
Jurufoto Neil Sandbach telah mengambil gambar di sekitar sebuah ladang di Hertfordshire, England, bila dia menangkap gambar sesuatu yang pelik. Apabila Sandbach melihat gambar digital itu kemudiannya, dia tidak dapat mempercayai yang ada seorang budak lelaki yang berada di sekitar ladang tersebut, kerana dia memang pasti tidak ada.
Kemudian dia bertanya kepada pemilik ladang jika mereka pernah mengalami kejadian pelik di situ (dia tidak memberitahu mereka tentang gambar yang ditangkapnya), pemilik ladang tersebut berkata dia pernah melihat jelmaan seorang budak lelaki yang memakai pakaian malam warna putih banyak kali sebelum itu.
 
10. Hantu Kawasan Kereta Remuk Oklahoma
Pada satu malam di Oklahoma, berlaku tiga kemalangan serius yang menyebabkan beberapa kematian. Kenderaan-kenderaan yang remuk  diletakkan di sebuah kawasan peremukan kereta (untuk dileburkan), dan pekerja-pekerja mereka telah menyaksikan sesuatu yang mengagumkan di kemera intipan: satu figura putih bergerak di sekitar kereta yang telah musnah. Ahli keluarga salah seorang mangsa yang terbunuh mendakwa itu ialah si mati yang ingin menyampaikan mereka sebuah mesej.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...