
Saturday, December 31, 2011
Ombak Awan

Girl with a funny talent. [original video]
alisnya bisa menari-nari mengikut tempo lagu
video ini baru je di upload ke youtube pada 29 Dis tetapi dah ditatap hampir 4 juta pelayar
wowww.....hebat yaaa
Doa isteri solehah
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujian dari- Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sesuatu karenanya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau ridhoi
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Karena aku pasrah dengan dugaan Mu
Karena aku sadar hinanya aku
Karena aku insan lemah yang kerap keliru
Karena aku lupa dengan keindahan duniaMu
Karena kurang kesabaran ku menghadapi cobaan Mu
Karena pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati ....Aamiin Yaa Robbal 'Aalamiin....
Laaaaa......Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi Rupanya!!!!
Aku rasa cikgu-cikgu kat sekolah yang ajar BM pun tak tahu kot.....kot lah....sebab selama ni tak pernah pun cikgu-cikgu BM bagi tahu pasal nih.
Rata-rata pengkomen blog yang mengongsikan ilmu tu pun 'ooooo....baru tauuuuu'
Eheee.....tidak mahu membuang masa ni aku kongsikan ilmu tersebut
tarraaaaaaaa.....
bukan pagar hokeyyyy....tapi pegar iaitu sejenis burung.
lagi satu peribahasa seperti melepaskan batuk di tangga
apa kaitannya batuk dekat tangga dengan buat kerja sambil lewa
yang ni pun salah jugak ke?
adoiiiii....nasib baik lah SPM aku dapat A aritu...ahaksss
sebenarnya bukan batuk tapi batok
laaaaaaaa..... ye keeee
ehhh batok tu apa?
haaaa ni dia bendanya
tempurung kepala...ehhhh silap kelapa yang di buat pencedok air tempayan
alahaiiiii orang dulu-dulu dia letak kat tepi tangga untuk basuh kaki
kalau orang yang pemalas tu dan jenis suka buat sepah dia letak je batok ni kat tangga lepas siram kaki
pastu ada la orang sound dia cara berhemah
tu yang keluar perumpaan seperti melepaskan batok di tangga!
ahakss
tahniah kepada orang yang buat kajian nih
keranamu baru ku tahu erti yang sebenar
sila sebarkan ilmu ni pada anak-anak yeee....
pada makcik-makcik yang suka bersembang sambil selak-selak kain ,
pada pakcik-pakcik warung rakyat,
pada panglima-panglima perang,
pada pejuang melayu.......
pada sesiapa sahajalah...
ok itu sahaja
untuk menambah keyakinan korang silalah tengok sumber maklumat kat sini
Gambar malapetaka Hiroshima
- Asap menjulang setinggi 40,000 kaki….
- 2/3 Hiroshima musnah
- Dari jarak 3 batu dari pusat letupan 60,000 dari 90,000 banggunan menjadi debu dan sehinggakan besi besi di banggunan menjadi cair
- Bom yang meletup itu di Hiroshima membunuh wanita dan kanak-kanak termasuk askar. Penduduk Hiroshima di anggarkan 350,000 orang dan 70,000 mati serta-merta dan selebihnya 70,000 mati kerana kesan daripada radioaktif yang dirasai sehingga 5 tahun lamanya
Lihat pula gambar-gambar yang meremukkan hati sesiapa sahaja yang melihat.







sumber
Duhai hati bertahanlah.......
Kaka Pemain Real Madrid Peluk Islam? Betul ke ni......
Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita nih benar.Tapi berita nih memang heboh di dunia arab sekarang nih.Mungkin kaka telah memeluk agama islam.Dalam pasukan Real madrid pun ada 4-5 orang individu beragama islam seperti karim benzema,Nuri sahin,Hamid altintop,Mesud ozil dan Khedira.
ini pulak updet terkini....cerita-sebenar-disebalik-pengislaman... baca lagi....!
Friday, December 30, 2011
kenapa kau madukan aku ha???
suami ku siang-siang dah mengendeng beg berisi baju seluar
yang abang nak pergi shah alam tau
aku diam
tangan yang dihulur kusambut
dia mencium pipi dagu dan dahiku
aku keraskan hati
aku tak mahu menghantar dia ke pintu
memandang pemergiannya pun aku tak sudi
bencinya aku pada dia saat ini
setiap kali dia pergi membawa beg besar aku pasti rasa terluka
hati bagai disiram cuka
walaupun tak dihiris tapi tetap pedih
aku sedih
bang sampai bila nak begini
aku tak suka bila kau pergi
aku tak suka tidur sendiri
aku jadi tak lalu makan maggi
sedangkan itulah yang paling aku gemari
mungkin beginilah nasib bila dimadukan
harus sabar pasrah dan redha
hati berduka mulut ketawa
saja je la bersandiwara
konon-konon kitalah pasangan bahagia
weiiii madu ku yang bulat
aku rasa nak sepak-sepak je kau
eeeeiiiii...geramnya akuuuu
nape laaa laki aku terpikat kat kau
dah terpikat melekat pulak
tak boleh pisah
ke hulu ke hilir kau di usung
merata tempat kau di sanjung
grrrrrr.....aku rasa nak cucuk-cucuk je kau ngan pisau ikan nihhh
kau tunggulah
satu hari kau pasti akan dapat balasan
kau dah rampas suami aku
tak kan senang-senang aku nak lepaskan
kau tunggu yeee...kau tunggu
malam ni separuh kesabaran aku tak ada
jadi dengan perasaan marah yang meluap-luap aku nak upload muka kau kat blog aku nih
biar semua pelawat yang datang tau dan kenal siapa madu aku
selama ini aku bersabarrrrrrrrr
tapi malam ni tak boleh tahan dah
woiiii orang semua
meh tengok nihhhh
taraaaaaaaaa.....

lawa tak madu aku???
kus kus kus......
Aku dah bosan didungukan!
aku bosan dengan perkahwinan
Thursday, December 29, 2011
Terasa?
nak tau apa yang menyebabkan aku jadi macam ni?
hurmmmmm
alkisaaaaaaahhhhh
aku ada terbaca satu status kat fb yang di post oleh seorang jejaka kacak, hangat dan terkenal
dia mengulas pasal kutipan filem ombak rindu yang berjaya mendapat RM 10 juta tuh
dia tak ulas panjang pun
tapi ayat dia memang bikin gua sentap laaaa
apakah ayat dia?
lupa la pulakkkk
nak copy paste malas pulak nak scroll down ke bawah dan ke bawah page dia tuh
lebih kurang macam ni laaa
Filem Ombak Rindu ibarat blog copy paste yg tinggi trafik
haaa.....
amacam?
ada sentap tak?
tak la bagi korang yg rajin tulis n3 sendiri
tapi blog aku nih
memanjang jeeee kopipesssss
huhuhu
sorry la wak.... kalau awak terasa dengan tulisan2 saya
saya tak bermaksud nak menyinggung perasaan awak
saya cuma nak menyahut cabaran blogger tu jee...
sapa lagiiiiiiiiiii
Ben Ashaari laaaaa....ahakssss
Gambar Comel Anak Sheikh Muzaphar dan Dr. Harlina
Sifat-sifat Munafik
![]() |
| monyet tu kata walaupun aku tak ada otak tapi aku tak ada sifat munafik macam manusia..... |
Bila Suami Dibodohkan
kisah jiran aku.
suami dia kahwin lain tapi mereka tak bercerai.
biasalah tu kan...bukan dia sorang je yg bermadu.
cuma cara perempuan lain ambik suami dia tu sangat lah aku kesalkan.
aku tak rapat sangat dengan jiran aku nih.
tapi aku tahulah cerita dia.
baru-baru ni selepas habis majlis perkahwinan anak jiran, kami (dia termasuk aku) dan ada lagi beberapa geng yang lain berborak lah dengan seorang saudara jiran yang buat majlis.
dia datang dari kedah.
sembang dengan dia best banyak ilmu agama yang dia selitkan.
memandangkan dia ni banyak tahu ilmu ... ada seorang jiran bertanya bagaimana nak buat, (anak lelaki dia yang baru masuk kolej dah ada makwe - yg gedikss la).
so paksu (panggilan) bagilah ayat alquran dan cara2 bagaimana nak buat solat hajat minta pada allah dgn cara yg betul. almaklum semua org tahu buat solat hajatkan.
ok...lepastu jiran aku ni pulak.
dia minta tengokkan bagaimana dengan suami dia. suami dia lepas kahwin dengan perempuan tu memang tak balik....mcm kena ikat...macam bodoh tapi dia tau suami dia masih sayang kat dia dan anak2.
paksu guna cara dia- masa paksu buat tu tetiba terasa mcm ada angin yang menyapa.
aku ingat aku sorang je yang rasa.
kemudian paksu tunjuk tangan dia....memang berdiri semua bulu roma dia, dan nampak sgt jelas...
rupanya bukan paksu dan aku je yg rasa....semua yg ada kat situ pun rasa seram sejuk tetiba.
kata paksu...hati2lah...ilmu perempuan tu memang kuat.
walhal jiran aku tak cerita pape pun lagi.
jiran aku nih tenang je....
dia jawab...'saya tahu'
ok cukuplah setakat itu cerita di atas.
manusia memang pelik
mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang mereka nak
cara jahat dan kotor pun tak pe
cuma
aku kasihan dengan orang yg telah bodohkan dengan ilmu hitam ni
dah di bagi makan "taik' sebab tu lah jadi begitu
lupa isteri lupa anak-anak
suami aku pernah cakap
kalau nak suami bodoh ikut cakap isteri bagi je makan nasi kangkang
senang ke nak buat nasi kangkang ni?
jangan cari pasal...tak cium bau syurga nanti.
tapi bagaimana pulak kalau suami kena bodohkan dengan perempuan lain?
susah juga.....
mcm jiran aku ni la.... sana sini dia berubat supaya suami dia lepas dari belengu syaitan tu
mungkin belum rezeki dia
tapi aku respek sangat sebab dia sabar...
setelah sekian lama dia mengharungi keperitan di tinggal suami memang nampak ketabahan dan kekuatan hati dia
bak kata jiran aku yang lain....
sabar je lah bila suami jadi mcm tu
tu semua ujian allah buat kita
allah pun tak uji kita dengan bebanan yang tak kita mampu
aku pulak
allah uji sebab allah sayang
terima kasih ya allah
Wednesday, December 28, 2011
AYAM HUTAN YG MENGANCAM....
Apek - Lelaki MACHO?

Pose Macho Apex Untuk Majalah GLAM
NAK MENGGATAL TAPI BEBAL!!!
weiiii....ko ni salah orang laaaa.... ko nak menggatai pi la cari jantan..... yang ko kacau aku tu wat apeee......eeeiiiii...bluwekkkkkkkk.......
harap maklum kepada pemegang no 0123304322
SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI SAYA......................
sebelum aku bertukar kepada sesuatu yang lebih DASYATTTTTTT lagi!!!!

sesiapa yang berminat boleh hubungi no di atas
Tuesday, December 27, 2011
TOMYAM YG PALING MABELESSSSS

Ohhhh....ternyata suamiku memang curang
KISAH: Seorang suami telah dimainkan oleh isterinya sendiri kerana si isteri ingin mencungkil perihal kecurangan suaminya ketika berada di tempat kerja. Ikuti kisah selanjutnya.
"Hai!" ini adalah sms pertama daripada isteri kepada suaminya, dengan mengunakan nombor baru yang sememangnya tidak pernah diketahui oleh suami tercinta.
Agak lama dia menunggu, "hai... awak sapa?" balasan sms daripada si suami tadi. Dia tersenyum. Rasa kelakar juga kerana ber sms dengan suami. Sedangkan selama ini, mereka berdua jarang sekali untuk ber sms seperti ini. Cuma, suaminya akan terus call untuk berkatakan sesuatu yang penting saja.
Isteripun balas, "saya peminat awak"
Lama menunggu, bukan sms yang dihantar ke telegon miliknya. Tapi, suaminya terus call. Aduh! Gawat-gawat! Macam mana ni, si isteri masih termangu-mangu dan serba salah mahu menjawap panggilan telefon itu. Dia dapat satu akal. Lalu tersenyum sambil mencapai kain batik yang sedia bersidai di kepala katil.
Isteripun menekan punat hijau,setelah memberi salam. 'Ya saya." si isteri memulakan bicara sambil mengontrolkan suaranya agar tidak ketahuan oleh suaminya.
"Kau sapa ye?"soal suami.
"Saya orang sabah. Bekerja di Shah Alam."
"O, orang jauh rupanya. nama siapa?"
"Erm... Ana. Ya Ana...." jawap si isteri tergagap-gagap sambil mengaru kepala. dengan dada yag berdebar-debar. dia menahan perasaan amarahnya. Dasar gatal, bisiknya dalam hati.
"Oh, Ana. Sedap nama tu. Bole kita jumpa," ujar si suami.
Mata si isteri terbuntang. Dada rasa nak pecah. Rasa nak dibaling telefontu ke lantai, biar pecah berderai.
"Tak apa lah. Saya ada kerja ni,maaf ye." si isteri beralasan.
"Kalau macam itu, bila awak tak kerja kita jumpalah kat mana-mana." tanpa jemu memujuk agar mereka boleh bertemu.
"Saya setuju kalau bawa orang rumah sekali,"
"Gila ke. Nanti dia mengamuk macam mana?"
"La, mana saya tahu. itu kan isteri awak."
"Kita jumpa je. bukan nak buat apa-apa."
"Erm.. tengoklah macam mana nanti. Dah lah, saya ada kerja ni. bye!" sebelum suami membalas. Si isteri terus matikan telefon. Dia tak sanggup lagi mendengar suara suaminya. Hati yang sedia terluka menjadi semakin parah. "sampai hati kau bang!"
Moral: jangan sesekali sakitkan hati isteri kerana doa seorang isteri sangat mustajab. Lebih-lebih lagi daripada seorang yang teraniaya. Kerana TUHAN wujud antara kita.
ps: terima kasih KAK CT AZHAR kerana memberi keizinan memasukkan bahan ini ke dalam blog
Jangan Lawan Cakap Suami
Monday, December 26, 2011
Teknik Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak
![]() |
| Gambar Hiasan.... atas ialah kek yang di hasilkan oleh jiran ku. http://semanismanis.blogspot.com/ memang kelasss rasa keknya dan di jamin halal |
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu, saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.Cubala buat, dan simpan “rasa” itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.SekianChef Farid
Tatu di Bali didakwa punca jangkitan AIDS

Sunday, December 25, 2011
Antara Dua darjat
Jana Pendapatan - Jom Klik
Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
(Imam As Syafie)
























