Google+ Followers

Search This Blog

Loading...

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

PROMOSI OKTOBER KLIK GAMBAR

Friday, 23 September 2011

Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat



Wajah terbaru Diana Amir

PETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
Diana Amir, sebelum bertudung

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.
"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.
Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.
-mstar

Tuesday, 20 September 2011

Zizan mempersenda kalimah syahadah.....bengonggg!!!!

alahaiiiiii....aku baru je nak upload klip video HANTU BONCENG yang menghina Rasulullah dah tak leh buka video tu....tu la...lain kali jangan sukasuki ko je nak buat filem or.nak buat lawak bodoh....ni bukan dah tahap bodoh dah niiii...tapi ni dah tahap keji lahanat tau tak....taubat weiiiii sape yang terlibat tu....berdekah2 syaitan ketawa 
Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan....amende ni zizang???


Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari). Justeru, perkataan yg diucapkan di dalam filem ini boleh termasuk dlm kategori hadis di atas walau ia dibuat tanpa maksud & kejahilan. Taubatlah wahai pelawak, jgn berlawak dgn kalimah2 suci, kelak menangis!. (zaharuddin.net)
jom temgok link ni http://ohartis.com/2011/09/video-adegan-hina-rasulullah-dalam-filem-hantu-bonceng-dan-alasan-ahmad-idham/ 
mendidih ke tak mendidih korang baca apa balasan si ahmad idham tu.....kalau korang boleh je ketawa berdekah2 menonton filem ni memang hati korang ni pun dah mati la agaknya. Elokla korang pun jadi hantu sekali.


Wednesday, 14 September 2011

Ada bakat jadi novelis tak......? hurmmmm

"kenapa kamu mencuri haaa? tak cukup ke selama ni duit belanja yang ayah kasi?" satu tamparan keras mendarat ke pipi kecil shafik. Tak sempat untuk untuk anak kecil itu mengelak. Suara keras ayahnya yang menghamburkan amarah membuatkan perutnya kecut.

Dengan suara terketar menahan kesakitan Shafik merintih halus...."Shafik tak curi, budak tu yang kasi duit tu"
Erangan Shafik sudah kedengaran walaupun perlahan. Mana mungkin anak sekecil Shafik dapat menahan kesakitan akibat tamparan itu. Dia mengusap pipinya.

Suria yang menyaksikan hukuman yang diberi suaminya menjerit ''Abang!!!" sungguh dia tegamam. Tak sempat dia hendak menahan tangan suaminya dari hinggap di pipi anaknya yang baru berusia 8 tahun itu.
Melihat kejadian di depan mata serta merta darah Suria mendidih.
"Woiiii......kau ingat kau baik sangat ke hahhh? Menyesal dulu aku tak sepak muka betina keparat tu!!! Kau dengar sini eh.....setiap kali kau sentuh anak aku aku doakan perempuan simpanan kau tu mendapat bala kat dunia ni....biar mampus di sambar petir!" jerit suria.
Seperti hilang akal dia menghamburkan segala yang terbuku dalam hatinya. Sudah lama dia bersabar. Rasa hormat pada suaminya hilang sekelip mata dek insiden tadi. Kejam sungguh dirasakan. Masakan hanya kerana duit RM5 anaknya disepak begitu rupa. Lagi pun dia sudah pun menggantikan semula duit itu.

Azlan mencerun merenung Suria. Dia faham sangat dengan sikap isterinya. Memang isterinya seorang yang penyabar dan taat pada perintah Allah tapi bila hatinya terguris atau tersinggung cepat sungguh emosinya meledak. Seperti bom jangka. Dia sendiri seakan tidak percaya isterinya yang sentiasa bersikap lemah lembut terhadapnya dan sentiasa melayannya dengan baik selama mereka hidup berumahtangga bertukar menjadi sungguh keras kata-katanya. Biadap. Tapi itu pun memang berpunca dari dirinya,

Azlan duduk. Kalau ikutkan hati marah mau sahaja dia menyepak isterinya itu. Melampau sungguh, Dulu isterinya tidak begitu. Semua gara-gara skandalnya bersama wanita lain terbongkar. Sejak peristiwa itu rasa hormat isterinya kepadanya seakan-akan hilang. Memang pada mulanya isterinya seperti sudah dapat memaafkan kesalahannya selepas dia bersumpah dengan nama Allah yang dia akan berubah. Tapi setahun selepas itu sekali lagi rahsia terbongkar. Kali ini lebih parah lagi. Isterinya sendiri dapat berjumpa dengan wanita Iban yang menjadi kekasih gelapnya.

"Eh....kau ingat kau tu baik sangat ke hah? Tau pulak kau marah bila anak buat salah...tau pulak kau pukul anak bila anak kau buat silap...kau tak malu ke hah...kau yang dah tua tu pun buat jahat jugak kan....aku tak kisah la kau tipu aku tapi bila kau sebut nama Allah semasa bersumpah yang kau tak kenal pun betina lanji tu maknanya kau lagi  keji....kau menipu dengan menggunakan nama Allah...kau ingat Allah yang kau sebut masa kau bersumpah nak selamatkan diri tu serupa macam yang kekasih kau sembah? Buta? Tak melihat apa yang kau buat? Tuli? Tak mendengar apa yang kau ucap? Suria mula mengungkit peristiwa pahit menjadi nanah dalam hatinya.

"Sudah lah tuuuu......" Azlan kepanasan. Hatinya turut mendidih. Memang dia buta. Terperangkap dengan cinta wanita iban yang tidak beragama itu membuatkan dia lalai. Dia lupa Allah yang memerhatikannya. Dia sering mengabaikan suruhan Allah. Dia marah apabila Suria menegurnya yang jarang-jarang bersolat. Jadual hidupnya padat dengan kerja, aktiviti sukan dan juga melayan kekasih gelapnya. Walaupun dia tidak pernah mengabaikan nafkah untuk keluarganya namun dia seronok kerana ada ramai wanita yang meminatinya.

bersambung......

Tuesday, 13 September 2011

Takde Yang Menarik KECUALI......

Lama betul tak update blog ni.
bulan ramadhan hari tu sibuk dengan projek popia sebab tu jari jemari ni seakan malas untuk menari2 di papan kekunci lappy......
hari raya pun masih tak ada mood untuk berblog
banyak je cerita hangat dan sensasi
tapi tu lah...mood tak mari-mari hakssss.

Isu paling hangat tentulah pasal sejarah
Sesudah lima dekad barulah professa arus perdana kata negara tidak pernah dijajah. Oh, lama sungguh kajiannya.
semua gara-gara ini.....sila dengar...hak hak

cikgu2 sejarah semua dah pening kepala.....
rupanya selama ini mereka berbohong pada anak2 murid
alahai nak wat camne kan.....

ada lagi satu isu yg paling hangat di fb 
Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara
korang boleh ikuti pembongkaran yg dilakukan oleh team ni - siapa sebenarnya sitt Al wazura, nak tengok pic dia pun ada... 
rentetan dr kejayaan team di atas membongkar siapa individu yg telah menimbulkan kemarahan umat islam di Malaysia khasnya, JINGGA 13 sebuah badan ngo telah menghantar memorandum kepada JAKIM tapi amat mengecewakan apabila pihak JAKIM enggan melayan dan menerima memo tersebut
Jingga 13 ke Pejabat JAKIM di Blok D Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada pihak JAKIM berkaitan isu blogger Hajjah Sitt Al-Wuzara yang membuat kenyataan BIADAP menghina ISLAM, Nabi Muhammad juga ALLAH. Sebelum itu Pihak Jingga 13 ke SKMM untuk menyerahkan memorandum yang sama.
Pegawai SKMM yang diarahkan untuk menerima memorandum itu telah menerima memorandum itu dengan sikap yang baik da...n profesional. Dan beliau akan membawa perkara ini ke pihak atasan dan cuba untuk menyelesaikan perkara ini memandangkan sebelum ini pihak SKMM telah menerima banyak laporan tentang blog ini dari NGO NGO dan PARTI POLITIK termasuk UMNO sendiri.
TETAPI lain pula halnya apabila di JAKIM. Pegawai yang yang bertanggungjawab x muncul muncul dan setelah lebih dari SEJAM, JINGGA 13 disambut oleh beberapa PEGAWAI POLIS siap lengkap bersenjata. Dan mereka dihantar untuk mengarahkan JINGGA 13 KELUAR dari situ. Kenapa? Pihak JAKIM menolak untuk menerima memorandum tersebut. Melalui PEGAWAI POLIS berkenaan dimaklumkan bahawa JAKIM TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KUASA untuk masuk campur dalam isu ini. Pihak JAKIM cakap "kami xde kuasa dalam isu ini".

(di ambil dr wall sahabat fb)


susulan dr itu JINGGA 13 telah menyerahkan surat bantahan kepada YDP DYMM Agung pada 12 Sept.

Adoiii...sebagai rakyat aku pun tak tau la apa nak cakap...sangat2 kecewa la kan bila isu yg sebegini berat boleh je pihak JAKIM wat tak peduli...yg di sibukkan isu komunis...Mat Indera....bak kata Tuan Mat Sabu....tak dengar abis lagi ceramah dia....hanya berpandukan laporan utusan meloya terus je nak hukum dia buang negara...sumbat ISA...campak dalam laut????

ooohhh...apa pula PM kita buat waktu 31 Ogos hari tu.....dengar khabar bercuti ke luar negara.....

tak pe2.....


ada lagi yg buat aku meluat

NAMEWEE
ingat lagi tak kat makhluk ni???
maaf la aku bukan la racist
tapi aku memang sakit hati la ngan dia nih....
korang boleh search kat encik google apa dia dah buat, sejarah yg dia dah cipta, sejauh mana terkenalnya dia ni...korang cari la sendiri kat youtube....tak lalu aku nak upload....weeekkkkk


kini dia muncul lagi dengan projek dia yg lebih hebat
siap dijemput sebagai tetamu dalam MHI lagi.....
sekali wekkkk...nak terburai isi perut aku...
tapi tak pe....MELAYU MUDAH LUPA
jadi kepada sesiapa yg dah lupa/ nyanyuk tu boleh lah tonton NASI LEMAK 2.0

sekian sahaja la n3 aku...kepada yg boring jengah blog ni sorry....hehehe





 

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)
~Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan… (Al-Maaidah 5:8)
''Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya.''

(Imam As Syafie)
”... maka bertawakal lah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika ALLAH menolong kamu, maka tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah ALLAH (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada ALLAH jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" (Imam Hasan Al-Basri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..

tanpa mereka siapalah saya....:))

dr 11 /03/2011