14.9.11

Ada bakat jadi novelis tak......? hurmmmm

"kenapa kamu mencuri haaa? tak cukup ke selama ni duit belanja yang ayah kasi?" satu tamparan keras mendarat ke pipi kecil shafik. Tak sempat untuk untuk anak kecil itu mengelak. Suara keras ayahnya yang menghamburkan amarah membuatkan perutnya kecut.

Dengan suara terketar menahan kesakitan Shafik merintih halus...."Shafik tak curi, budak tu yang kasi duit tu"
Erangan Shafik sudah kedengaran walaupun perlahan. Mana mungkin anak sekecil Shafik dapat menahan kesakitan akibat tamparan itu. Dia mengusap pipinya.

Suria yang menyaksikan hukuman yang diberi suaminya menjerit ''Abang!!!" sungguh dia tegamam. Tak sempat dia hendak menahan tangan suaminya dari hinggap di pipi anaknya yang baru berusia 8 tahun itu.
Melihat kejadian di depan mata serta merta darah Suria mendidih.
"Woiiii......kau ingat kau baik sangat ke hahhh? Menyesal dulu aku tak sepak muka betina keparat tu!!! Kau dengar sini eh.....setiap kali kau sentuh anak aku aku doakan perempuan simpanan kau tu mendapat bala kat dunia ni....biar mampus di sambar petir!" jerit suria.
Seperti hilang akal dia menghamburkan segala yang terbuku dalam hatinya. Sudah lama dia bersabar. Rasa hormat pada suaminya hilang sekelip mata dek insiden tadi. Kejam sungguh dirasakan. Masakan hanya kerana duit RM5 anaknya disepak begitu rupa. Lagi pun dia sudah pun menggantikan semula duit itu.

Azlan mencerun merenung Suria. Dia faham sangat dengan sikap isterinya. Memang isterinya seorang yang penyabar dan taat pada perintah Allah tapi bila hatinya terguris atau tersinggung cepat sungguh emosinya meledak. Seperti bom jangka. Dia sendiri seakan tidak percaya isterinya yang sentiasa bersikap lemah lembut terhadapnya dan sentiasa melayannya dengan baik selama mereka hidup berumahtangga bertukar menjadi sungguh keras kata-katanya. Biadap. Tapi itu pun memang berpunca dari dirinya,

Azlan duduk. Kalau ikutkan hati marah mau sahaja dia menyepak isterinya itu. Melampau sungguh, Dulu isterinya tidak begitu. Semua gara-gara skandalnya bersama wanita lain terbongkar. Sejak peristiwa itu rasa hormat isterinya kepadanya seakan-akan hilang. Memang pada mulanya isterinya seperti sudah dapat memaafkan kesalahannya selepas dia bersumpah dengan nama Allah yang dia akan berubah. Tapi setahun selepas itu sekali lagi rahsia terbongkar. Kali ini lebih parah lagi. Isterinya sendiri dapat berjumpa dengan wanita Iban yang menjadi kekasih gelapnya.

"Eh....kau ingat kau tu baik sangat ke hah? Tau pulak kau marah bila anak buat salah...tau pulak kau pukul anak bila anak kau buat silap...kau tak malu ke hah...kau yang dah tua tu pun buat jahat jugak kan....aku tak kisah la kau tipu aku tapi bila kau sebut nama Allah semasa bersumpah yang kau tak kenal pun betina lanji tu maknanya kau lagi  keji....kau menipu dengan menggunakan nama Allah...kau ingat Allah yang kau sebut masa kau bersumpah nak selamatkan diri tu serupa macam yang kekasih kau sembah? Buta? Tak melihat apa yang kau buat? Tuli? Tak mendengar apa yang kau ucap? Suria mula mengungkit peristiwa pahit menjadi nanah dalam hatinya.

"Sudah lah tuuuu......" Azlan kepanasan. Hatinya turut mendidih. Memang dia buta. Terperangkap dengan cinta wanita iban yang tidak beragama itu membuatkan dia lalai. Dia lupa Allah yang memerhatikannya. Dia sering mengabaikan suruhan Allah. Dia marah apabila Suria menegurnya yang jarang-jarang bersolat. Jadual hidupnya padat dengan kerja, aktiviti sukan dan juga melayan kekasih gelapnya. Walaupun dia tidak pernah mengabaikan nafkah untuk keluarganya namun dia seronok kerana ada ramai wanita yang meminatinya.

bersambung......

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...