23.8.11

Susah Bukan Tiket Untuk Buat Dosa

Sedihkan bila baca pasal bapa yg menyerahkan lima anaknya ke pihak gereja untuk di jaga.
Semuanya gara-gara dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.
Yang menyedihkan lagi , lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.

Di luar sana memang ramai yang menjadikan alasan hidup susah sebagai sebab mengapa mereka mencuri, merompak, menjual maruah diri bagi wanita dan hidup bebas berfoya bila sudah senang setelah lama hidup dalam kesusahan. Hidup susah semasa kecil kerana kematian ibu bapa juga dijadikan alasan untuk hidup bebas melakukan apa saja yg di sukai apabila sudah dewasa dan mempunyai wang sendiri .

Allah.......lemahnya iman. Hidup susah bukan alasan untuk buat dosa.....bukan alasan untuk simpan perempuan.....bukan alasan untuk minum arak bila tertekan.....bukan alasan untuk beli nombor ekor....bukan alasan menjual maruah diri.......bukan alasan untuk  menipu....bukan alasan menerima rasuah......bukan alasan untuk kedekut membantu adik-beradik yg susah.....bukan alasan untuk terus hidup dalam kejahilan.....dan bukan alasan untuk sewenang-wenangnya menyebut nama Allah dalam sumpah yg di lakukan untuk menafikan maksiat yg di buat.

Bertaubat ....bertaubat....bertaubat....ingatlah Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani.


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.


Ujian dan halangan, kesukaran dan cabaran, bukanlah petanda Allah meninggalkan kita. Bahkan, sebaliknya. kita boleh melihat, itulah tanda Allah ‘sedang memandang’ kita.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah Ar-Ruum ayat 41.


Jadi, ayat di atas jelas menunjukkan betapa kadangkala bala yang menimpa itu, hakikatnya adalah akibat daripada perbuatan kita. Ini termasuklah dosa-dosa yang kita lakukan. Ada sebahagian manusia itu, Allah hapuskan terus bila diturunkan bala ke atas mereka. Sebagai contoh, Kaum Nuh yang majoritinya tenggelam lemas dalam banjir besar. Tetapi wujud sebahagian yang lain, Allah hidupkan selepas menerima ujian, ataupun ujian itu diciptakan memang untuk tidak menghilangkan nyawanya, bertujuan memberikannya ‘tamparan peringatan’ akan keadaan dirinya. 


Ujian juga, hakikatnya adalah satu bentuk ‘panggilan’ Allah SWT, agar hamba-hambaNya yang selama ini alpa, merapat kepadaNya. Lihatlah firman Allah SWT:

“Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.” Surah Luqman ayat 32.

Jelas bukan? Ujian daripada Allah itu, nyata bukan kosong. Tetapi ada tujuannya. Mustahil sia-sia.

Jadi bagaimanakah kita? Kita merasakan seperti Allah tidak sayang dan tidak mahu menolong kita.

Apakah benar Allah meninggalkan kita?

Hakikatnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya.

Tetapi hamba-hambaNyalah yang sering meninggalkan Dia.

Kita ini ingin tergolong dari kalangan mana?

Yang percaya? Atau yang meninggalkanNya?





No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...