20.4.11

Letupan Bom di masjid Cirebon


This picture taken with a handphone shows the body of a suspected suicide bomber who carried out the bombing inside a mosque in Cirebon on April 15, 2011. Several people were wounded in a suspected suicide bomb attack during Friday prayers at an mosque in a police compound in Indonesia's West Java province, reports said quoting police. Police said one man, the suspected bomber, was killed in the explosion which happened at around 12:15 pm.

JAKARTA 15 April – Tubuh seorang lelaki yang dipercayai pengebom berani mati hancur dalam kejadian bom meletup di Masjid At-Takwa di kompleks Masjid Polis Residen Kota (Mapolresta) Cirebon, Jawa Barat, ketika jemaah sedang solat Jumaat, hari ini.
Identiti mangsa yang terbunuh itu, bagaimanapun belum dikenal pasti.
Sebanyak 28 jemaah lain turut cedera termasuk ada yang parah dalam kejadian yang berlaku semasa jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.
Antara mangsa yang turut cedera dalam kejadian itu ialah Ketua Polis Daerah Cirebon Herukoco.
“Sebaik selesai khutbah, imam melakukan takbiratul ihram dan serentak itu bom meledak menjadikan suasana gelap. Ketika itu juga, ada seorang jemaah yang turut bersolat tiba-tiba tubuhnya meledak dengan bom,” kata Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Anton Bachrul Alam.
Anton tidak menafikan, pengebom berani mati itu menjadikan polis sebagai sasaran dan memilih melakukan tindakan terkutuk itu di masjid kerana jemaahnya sebilangan besar terdiri daripada anggota polis.
Menurut seorang saksi, Anton, ledakan bom itu bermula di saf ketiga jemaah.
Setiap minggu, di masjid berkenaan, sebanyak 80 peratus daripada jemaahnya terdiri daripada anggota polis, sementara selebihnya terdiri daripada masyarakat setempat.
Seorang lagi saksi berkata, pengebom berani mati itu dilihat mundar-mandir di kawasan masjid sebelum solat bermula serta menghabiskan masa yang cukup lama di dalam bilik air.
“Dia dilihat masuk ke masjid dan duduk di saf kedua tetapi sebaik solat dimulakan, dia beralih kedudukan ke saf ketiga,” katanya yang mengaku berdiri tidak jauh daripada posisi pengebom berani mati itu.
Sementara itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pengebom itu.
”Presiden masih lagi menunggu laporan siasatan daripada polis,” kata jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha kepada Kompas.com. – Utusan

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...