29.4.11

Hukum isteri orang makan dengan lelaki bujang



SAYA seorang isteri yang baru berumah tangga. Suami dan emak saya bekerja satu pejabat dengan saya.
Saya mempunyai seorang kawan lelaki bujang sama unit dengan saya.
Sehingga ke hari ini saya masih berkawan dengan lelaki bujang itu. Kami berkawan hanya di pejabat sahaja seperti pergi minum di kantin bersama, tetapi tidak pernah keluar di luar pejabat.
Suami dan emak mengetahui hubungan itu dan membenarkan jika saya minum dengan lelaki berkenaan. Apakah berdosa sebagai isteri saya berkawan dengan lelaki bujang itu?


Senario yang biasa berlaku dalam masyarakat kita dengan alasan
alah..kitorang bukan buat pape pun....just minum2 makan2 je..... 


 ISLAM membenarkan pergaulan antara lelaki dan wanita dengan batas tertentu. 

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur ayat 31) 

Dengan mematuhi tata cara pergaulan sebagaimana yang dianjurkan dalam ayat al-Quran, seseorang wanita dapat menyelamatkan dirinya daripada melakukan maksiat dan tersebar fitnah jahat. 

Begitu juga apa yang seharusnya puan lakukan. Selain itu, perlu ada perubahan dalam hidup puan selepas berumahtangga iaitu dengan menumpukan kepada rumah tangga dan suami. 

Adalah baiknya untuk keluar makan bersama suami berbanding dengan teman sejawat selepas berumah tangga.

 
sumber:
http://www./Hukumisteriorangmakandenganlelakibujang




ulasan; jagalah maruah diri dan jagalah juga maruah suami.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...