25.3.11

tips melupakan bekas kekasih yg curang

 Jom baca tips di bawah.......kelako bila baca tapi betul apa dia tulis....


baru2 ni MDT ade beli majalah nona keluaran bulan April yg gambar depannya ada mizz nina tunang si noh hujan tu..beli bukan sebab mizz nina jadi cover majalah tapi sebab ianya keluaran khas perkahwinan..tiba2 jadi menggediks nak membeli..ntah sape yg nak kawin pun taktaulah.. :P

jadi, uolls yg nak kawin tu, molek sangatlah beli majalah ni, sebab kat dalamnya ada macam2 tips untuk bakal pengantin baru, tak terkecuali tips menghadapi malam pertama..auwwww

tapi, ai malas nak citer banyak, uolls carilah kat kedai2 mamak..kalau nak cari kat kedai beskal pun boleh.. :P

sekarang MDT nak share tips untuk melupakan bekas kekasih..eh! takkan lah esok nak kawin tapi masih berjurai2 airmata teringatkan pakwe yg kawin lari kat siam?? grrrr..
dah2 la tu nangis..meh ai belanja eksrem stoberi magnolia.. 

daripada membazirkan airmata dengan perkara2 berfaedah, baik airmata tu ditumpahkan di atas tikar sejadah.. (^__^)"

kalau nak kopipes tips ni pun boleh, tapi jgn lupa backlink kat belog ini yerrr..
okeh bebeh, lets cekidaut! 

Usah simpan semua kenangan bersamanya, musnahkan sahaja atau berikan kepada pihak2 lain andainya barang berkenaan sangat berharga dan bermanfaat.

 ada orang suka simpan barang2 pemberian si kekasih, dari sekecik2 pemberian seperti pembungkus cekelat kitkat yg dah naek lunyai sehinggalah sebesar2 teddy bear..nak dibuang sayang, sentimental value katanya..tapi kalau disimpan, lepas tu asik terkenang2, lagi meroyan dibuatnya..
jadi, apakata buatlah amal jariah sikit.. sedekahkanlah teddy bear yg gedabak2 yg masih boleh digunakan tu pada anak2 jiran atau sedekah pada tempat barang recycle..takkan nak simpan anak patung tu pada bakal anak sendiri plak!
tak seswai okeh!! 
kalau nak ikot cara MDT yg agak kejam, bakar jer barang2 tu semua pastu buang kat sungai..kalau takde sungai, longkang besar pun boleh..

Usah kerap mendengar lagu2 nostalgia yang ada kaitannya dengan bekas kekasih.
yg ini, memang selalu orang buat..bila frust jer, terus feeling2 dengar lagu jiwang2, yg meleleh2 sampai habis bantal lencun dengan airmata..lepas tu emo berjam2 sebab lagu2 itulah yg selalu didendangkan oleh sang kekasih disaat memadu cinta..jadi, tiap kali dengar lagu2 tu hati terus jadi tak keruan..cer cuba hati tu jadi keras sikit! kalau pun baru putus cinta, hidup harus diteruskan..baru putus cinta..belum putus lain lagi..eh!


Banyak2 ingatkan Allah setiap kali kerinduan itu datang dan anggaplah ia mainan syaitan semata2.
tiap kali rasa rindu jer..cepat2 beristigfar, itu semua hanya bisikan syaitonirrojim yg nak menyesatkan kita supaya kita terus lemah dan lalai dan asyik meratap menangisi diri sendiri....bulatkan tekad didalam hati bahawa dia bukan milik kita..atau dalam bahasa yg lagi brutal..satu pergi 10 mari..haha!

Usah mengambil tahu lagi perkembangan bekas kekasih apalagi menghubunginya walau sekadar bertanya khabar.
dah jangan nak ngade2 nak telepon2 bekas kekasih kononnya nak tanya khabar..silap gaya dia ingat kita plak yg terhegeh kat dia..telepon mak/pak/adik/kakak dia pun jangan..
apakata lepas dah break tu, buang semua contact nombor yg ada kaitan dengan sidia..kalau ingat pun buat2 tak ingat nombor tu...

Jangan ingat kenangan yg manis, tetapi ingat kenangan pahit bersamanya.
eh! ini bukan nak suruh berdendam tetapi ini untuk mengingatkan pada diri sendiri tentang sikap buruk dan layanan dia selama ini kepada kita..



Ketahuilah bahawa pasangan sekarang sememangnya yg terbaik dan itulah jodoh anda.
dan ingatlah bahawasanya setiap perpisahan yg berlaku ada hikmah disebaliknya..berbaliklah pada qada' dan qadar..tak perlu meratapi nasib dan sentiasa mengenang perkara yg lepas2..anggap sahaja jodoh kita bersamanya hanya setakat itu sahaja..
dan bersyukurlah kita kepada Allah kerana DIA telah menemukan kita dengan suami/bakal suami/tunang sekarang yg  terbaik dan itulah sebenar2nya jodoh kita..insyaAllah


akhir kata..

Barang yang lepas
Jangan dikenang
Kalau dikenang
Tentu menangis
Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracunlah diri

hihihi.....ingat yeeee pesanan dari mdt niiiii.....







No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...