15.3.11

Selepas Satu Dunia Marah...Kini Kita Di Gelakkan Pula

Gempa Bumi Di Jepun - Selepas Satu Dunia Mengecam Kartun Berita Harian Kini Satu Dunia Gelakkan Malaysia 

Video ulasan lawak Rosmah Mansor pula masuk CNN

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berlagak serba tahu di dalam mengulas isu bencana Tsunami baru-baru ini menjadi bahan lawak jenaka di internet dan menjadi topik perbualan hangat di facebook dan twitter termasuk forum-forum terkenal.

Rosmah Mansor membuat kenyataan mengejutkan apabila membayangkan bahawa bencana Tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam. Rosmah juga berkata, malapetaka itu memberi pengajaran kepada Jepun dan negara-negara lain serta mengaitkan pembangunan pesat sebagai punca berlaku bencana di Jepun.


Video ucapan Rosmah Mansor yang menjadi bahan lawak jenaka pengguna-pengguna internet ini turut mendapat liputan portal berita antarabangsa [CNN]. Video tersebut juga mendapat hits yang tinggi sejak ia disiarkan di halaman Youtube. Dalam masa sehari sahaja ia telah mencapai lebih 50,000 tontonan (views). 

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/video-ulasan-lawak-rosmah-mansor-pula.html#ixzz1GeapyKcc

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...