10.2.11

INGIN JADI PENULIS NOVEL BUKU PRIMA?

Adakah anda berbakat dalam bidang penulis? Kalau ada bakat, kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Jika anda mempunyai manuskrip yang telah siap tapi tidak tahu hendak dihantar ke mana, Buku Prima sedia menerima manuskrip anda.

Kriteria Manuskrip : Novel Dewasa - Jumlah mukasurat hendaklah antara 450-650, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 10@12, double spacing. Anda boleh menulis apa sahaja cerita yang anda suka seperti kisah seram, adat resam, satira, percintaan, kisah masyarakat, tahyul, misteri, cereka sains, thriller, islamik, pengembaraan, komedi romantik, jenayah, dunia korporat, kepahlawanan dan banyak lagi. Yang pastinya, jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai2 agama, bermesej, menarik dan bermoral.

Info tambahan
  • manuskrip anda mestilah yang asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.
  • kami berhak menolak manuskrip tersebut jika tidak bersesuaian.
  • manuskrip yang dihantar perlu di dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan anda juga perlu e-melkan ke prima@bukuprima.com.my.
Hantarkan manuskrip anda kepada:

BUKU PRIMA SDN BHD
Bilik 101 Tingkat 1,
Lot 7, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
03-55106636
03-55106637
prima@bukuprima.com.my
Klik link ini untuk melihat peta ke BUKU PRIMA SDN. BHD.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...